Rakam Guna Telefon Untuk Channel Youtube

Sunday 1 August 2021

 

Hello Guys,

Sejak beberapa hari ini kan, kalau korang perasan kenapa blog aku banyak content masak masak. Ye, sejak pandemic ni kan kita semua kurang berjalan. Jadi dikesempatan tu aku cuma nak cuba benda baru dengan membuat content video masakan.

 

 Resepi resepi tu semua aku olah dari youtuber tempatan terkenal dan ada juga yang dari luar negara. Sebenarnya aku ni bukanlah seorang chef apatah lagi tukang masak. Mungkin sebab aku minat food photography mungkin tu yang menyebabkan aku rajin untuk buat content sendiri.

 

Pengalaman buat video masakan dan lepastu upload di media sosial untuk tatapan umum bagi aku bukanlah mudah. Patut korang kena beri kredit kepada semua video masakan yang korang tengok tu. 

 

Untuk video aku ini kalau korang perasan memang takde voice over, suara aku tak sedap.. kalau menyanyi sedap pulak cuma aku selitkan muzik bagi hiburkan korang yang tengok. Dan untuk bahan-bahan yang digunakan aku tulis di beberapa angel dalam video.

 

Video masakan aku ni santai sahaja jadi kalau aku masak tu eh kenapa orang tu letak dua sudu kau letak satu sudu, eh kenapa dia potong ayam lapan belas kau letak segedebuk sekor ayam, jadi pandailah ikut cita rasa dan kreativiti masing-masing untuk olah resepi tu jadi sedap.

 

Untuk semua resepi yang aku buat tu korang boleh follow dan semua step aku buat sampai habis, kadang risau jugak sebab bila kita nak buat video masakan ni kebanyakkannya mungkin yang baru nak belajar pegang sudip jadi nanti bila ikut bulat-bulat dalam video orang buat tak jadi dah kita dipersalahkan.


Untuk kualiti persembahan video aku ni simple je, rekod guna telefon pintar dan bagi sedikit pencahayaan, kira marhaen la, sebab tak guna kamera resolusi tinggi seperti guna DSLR tu.

 

Jadi, kalau korang suka boleh follow youtube channel aku. Aku letak nama The Apron Sunday sebab hanya hujung minggu dan hari cuti je yang membolehkan aku buat content tu. Lagipun untuk reward dekat diri sempena cheat day aku.

 

Selamat mencuba resepi aku dan selamat datang ke channel The Apron Sunday.

Sambal Udang Petai Yang Mantap

Wednesday 28 July 2021

 

 


 Hello Guys..

Hari ini aku nak share satu resepi mantap, korang kalau nak diet jangan cuba resepi ini nanti confirm tambah nasi.

Bahan-bahan dan cara nak masak aku ada sediakan dalam video diatas.

Selamat mencuba.


Chicken Grilled BBQ Sauce & Mustard

Tuesday 27 July 2021

 


Hello Guys

Aku nak share resepi mudah ni, korang yang bujang atau suami isteri nak bagi couple rasa air tangan tu boleh cuba resepi aku ni. Aku dapat resepi ni dekat Tik Tok, tapi aku oleh sedikit la nampak sama tapi tak serupa.Dalam ayam panggang ni aku letak mustard sikit nak bagi rasa oversea.

 

 Bahan-bahan dan cara nak buat ada dalam video diatas, jadi korang boleh lihat, tolong bantu like & subcribe jika korang ada akaun Youtube. Selamat mencuba.


Popular Posts