Runcation :: Alor Setar Half Marathon 2019

Sunday 10 March 2019
Hello Guyss.
Planning untuk lari dekat Alor Setar ni dari tahun lepas lagi, sebelum ni aku pernah join Alor Setar Half Marathon tahun 2017, so saje nak jalan-jalan sekitar  kota Alor Setar dan lari sebelah bendang..
Kalau ikutkan dekat Negeri kedah bulan mac ni selalunya musim panas dan kering. Kadang ada jugak runners tanya aku sebab apa suka join event lari jauh-jauh ni, jawapan aku best je.. nak ubah angin dan lihat tempat orang.
Untuk trip runcation ni aku pergi seorang diri je, travel dalam negara je, mana ada orang nak ikut kan lain lah kalau international..mohon jangan terasa.
Dulu masa datang Alor Setar tahun 2017 perkhidmatan uber & grab masih belum ada lagi, sekarang kalau datang sorang-sorang aku rasa tak perlu kot nak sewa kereta, just open apps grab dan search mana lokasi murah pun murah. Tapi dekat Alor Setar ni susah sikit nak cari public transport seperti bas awam atau aku kurang membaca info berkaitan bas awam ni.
Ok lets, aku cerita pengalaman runcation di Alor Setar Half Marathon 2019 yang diadakan pada 9 Mac 2019.
Untuk pergi ke Alor Setar aku pergi naik penerbangan airasia penerbangan tambang murah. Terima kasih airasia. Aku beli tiket masa bulan Januari lalu dengan harga RM98 pergi dan balik, murahkan.. sesuailah untuk orang yang macam aku ni selalu travel..huhu.. kalau di compare kan naik kereta sendiri seorang diri maybe dalam tiga atau empat ratus kos tu kan.
Perjalanan ke Alor Setar dalam 50 minit sahaja, travel sangat singkat. Sampai Sultan Abdul Halim Airport dalam jam 11.00AM, keluar je pintu ketibaan banyak driver teksi tunggu dekat luar, so kalau korang takde apps grab boleh lah guna perkhidmatan teksi tu ye. Aku guna grab,untuk sampai ke hostel yang aku nak stay tu betul-betul berhampiran Masjid Zahir Alor Setar.
Untuk penginapan pula, aku stay dekat Ah Zhi Ah Wai Hostel, hostel ni unik sikit sebab dia bangunan lama yang di rejuvanete semula menjadi rustic bagi aku lah, review dia pun ok, owner sangat ramah dan sentiasa membantu kalau korang first time datang alor setar. Selection untuk penginapan juga aku ambil kira, sebab event akan diadakan dekat Aman Central, so takde masalah untuk aku pergi situ.. jalan kaki je.




Selesai urusan check in, singgah Masjid Zahir dulu untuk solat Jumaat, lepas Jumaat kena ambil bib larian dekat Aman Central tu. Sambil berjalan nak ke masjid tu perut lapar pulak so ternampak satu restoran hipster ni The Kejora Restaurant.. kedai ni betul-betul bersebelahan Masjid Zahir tu.. menu pun ok dan sedap,  so aku kiv dulu dan bercadang lepas solat jumaat baru lunch.
Masjid Zahir Alor Setar

Deco dalam The Kejora..very vintage

Spagethi.. my favourite

     Selesai ambil bib, balik hostel relax & rest untuk race esok, so dekat situ dah ramai runners dari serata daerah sampai so kenal-kenal la, ada yang dari Johor, penang, bangi dan TT sharing sekejap dengan dorang. Oh ye lupa nak mention yang hostel aku stay ni setiap malam hanya ada 10 orang je yang boleh menginap dekat situ.. khemah style dan sedikit privacy.

Hajat petang ni aku nak pergi ronda-ronda pasar malam, ikut pengalaman aku dulu masa housemate aku melangsungkan perkahwinan dekat Alor Setar ni aku ada pergi pasar malam so aku nak repeat balik apa yang best dekat Pasar Malam Taman Nuri tu.
Wajib cuba laksa ni.. sedap
 Open apps grab dapat driver perempuan, so baru dua hari join grab risau jugak la sesat ke apa siap tanya aku lagi dekat mana pasar tu. hahaha.
Pasar Malam Taman Nuri Alor Setar ni antara pasar malam yang korang perlu cuba untuk datang sebab pasar ni lain sikit dari tempat korang, harga pun berpatutan tak terlalu mahal.
Malam pula, rest dekat hostel macam malas, nak keluar ronda-ronda bandar Alor Setar ni. So dapat berkenalan dengan sorang runner dari Johor, Rubest Samuel, kalau anda sedang baca blog ni, salam perkenalan, seorang yang sangat ramah dan banyak benda yang aku sembang dengan dia sampai lewat jugak la, masing-masing share tips-tips larian.

Seawal jam 4.00AM aku dah bangun, bersiap, tengok yang lagi awal pun ada so lepas bersiap Ms Ah Zhi dah prepare light breakfast pisang dan coffee, aku makan pisang je untuk energy, sebelum keluar dia ada inform yang lepas aku finish je nanti ada reward sikit atas meja makan katanya.
Sampai tapak event dah mula ramai runner sampai, flag off tepat jam 5.00AM dan road kali ini aku rasa macam baru je, maybe last year road yang sama. Road masuk taman dan lalu kawasan bendang dan juga kawasan tumpuan tourist seperti Pekan Rabu, rumah kelahiran Tun Dr.Mahathir dan Pekan Cina.
Credit Pix to Action Pix

Lari dekat tempat orang ni energy dia lain macam sikit, macam harimau kumbang.. hahaha. So aku finish dengan catatan masa yang sangat boleh dibanggakan diri, maybe ini reward training setiap weekday. Sampai finishing line wish congrats dekat runner yang sampai dulu dari aku, so lepas collect finisher item aku bercadang balik hostel dulu dan akan datang balik sebab nak tunggu cabutan bertuah kan.. tuah ayam nampak dikaki tuah Manusia? Hah jawab lah.
 Sampai je hostel Ms.Ah Zhi wish dan dia inform yang breakfast telah sedia untuk dimakan iaitu “Nasi Lemak Kuning” kedah style kot atas meja.. so lepas mandi aku makan, sedap.
Terus gerak ke event tunggu cabutan bertuah dan winner announce, habis dalam jam 10.00AM aku terus ke pekan rabu sebab nak beli barang ada orang kirim, Pasar Pekan Rabu ni dah berubah, dulu masa aku pergi tengah renovation tapi sekarang dah bertukar wajah baru dan moden sikit. Dekat Pasar Pekan Rabu ni banyak souvenir, pakaian dan makanan kering, beli sikit untuk di bawa balik. Dekat sini kedai makan pun banyak pilihan.
Balik hostel dan kemas-kemas untuk pergi ke airport. Jadi inilah serba sedikit cerita runcation aku ke Alor Setar Half Marathon 2019.

Popular Posts