Pulau Mabul Yang Dirindui

Monday 20 February 2017
Mabul is the best island I've ever been.

Hello Guyss.
Orang selalu kata Phi Phi tu cantik, Dan lepas ke Mabul, aku rasa Mabul lagi best. Tapi aku tak pernah lagi pergi Koh Lipe, Samui,  Weh, Maldives, so takut pulak overrated. Hehe

Mabul ni relax, takde laa bising macam dekat island lain. Sangat relax and rasa taknak balik je masa stay kat sana. Mingle around dengan local, seafood murah dan fresh, diving cantik, snorkeling pun lawa. Cuma satu je aku tak tahan kat sana, kena mandi air masin. Hehe

Untuk ke Mabul, perkara pertama korang kena buat ialah menempah tiket penerbangan. Sila beli tiket penerbangan ke TAWAU (TWU). Setakat ni ada 2 pilihan je korang kena pilih samaada Malaysia Airlines atau Air Asia, tapi korang kena rajin-rajin lah tengok promosi syarikat penerbangan tu kerana harga tiket penerbangan untuk ke Tawau lebih mahal jika tidak dibeli semasa promosi.Dan buat masa ini, belum, ada penerbangan ke Tawau yang ditawarkan oleh Malindo Air & Firelyz.Penerbangan dari KUL ke TWU mengambil masa selama 3 jam, disarankan untuk ambil flight awal pagi.

Untuk trip ni aku bersama travel budies seramai enam orang, agak ramai sikit dari biasa. Di Mabul kami menginap di Billabong Scuba.Sebelum pergi ke sana korang kena tempahlah hotel/resort lebih awal memandangkan pulau-pulau dekat sekitar Semporna termasuk Pulau Mabul mempunyai pengunjung yang ramai setiap hari. Atau korang boleh menempah penginapan dekat Mabul melalui laman web yang lebih murah seperti Trivago, Agoda, Booking.com atau lain-lain.

Macam mana cara nak sampai ke Pulau Mabul?, kalau korang dari pekan Tawau boleh dapatkan teksi/van atau kereta sewa untuk ke Semporna. Caj yang dikenakan selalunya antara RM100-RM200 sehala dan perjalanan untuk ke Semporna mengambil masa selama 2 jam dan ada juga bas mini dari Tawau ke Semporna so yang ni aku tak berapa pasti sikit harga dia. Untuk trip ini, aku dah booking siap-siap van dari Airport Tawau ke Pekan Semporna melalui Billabong Scuba Resort.

Sesampai je ke Jeti Semporna, dapatkan bot ke Pulau Mabul dalam 45 minit perjalanan. Kos untuk ke Pulau Mabul menaikit bot RM50 seorang. tapi korang jangan lupa dapatkan maklumat perjalanan bot tersebut kerana tak setiap jam ada trip ke Pulau Mabul tu , dan begitu juga masa perjalanan balik nanti supaya korang tak terlepas penerbangan semasa balik nanti.

Aktiviti apa boleh buat dekat situ? banyak benda boleh buat dekat situ antaranya aktiviti snorkeling, scuba dan island hopping yang paling popular. semasa dekat sana kami ambil pakej 2 kali island hoping. Kalau korang malas nak pikir banyak better ambil je pakej yang ditawarkan sekitar Dragon In Semporna tu. 

Tips ni sangat penting sekali tau, Duit, untuk makluman korang, dekat Pulau Mabul tu takde bank atau mesin ATM ye.. jadi sediakan duit secukupnya untuk elakkan sesuatu perkara yang tak dijangka kat pulau nanti.Dekat pekan Semporna tu ada bank Maybank & BSN rasanya. bagi penggunaan kad debit atau kad kredit tu tak berapa pasti sebab tak cuba pulak.

 Tapi korang jangan risau, dekat Pulau Mabul tu tiada jalan raya, terdapat beberapa kedai yang menjual barangan cenderamata, pakaian & keperluan harian. Dekat Pulau Mabul tiada restoran ye..masuk jam 6 petang dah perintah berkurung.. kena stay dekat resort atau hostel yang korang stay tu.Klinik hanya ada dekat pekan Semporna, sila bawa ubat-ubat yang sesuai ye. dan lagi satu kalau korang pemurah bolehlah bawa makan segera seperti jajan-jajan tu untuk diberi kepada kanak-kanak sekitar pulau mabul tu.. seronok tengok dorang gembira. 

Jadi itulah tips yang aku boleh bagi dekat korang yang plan dekat sana. so jom la tengok beberapa gambar yang aku shoot dekat sana.

Airport Tawau




Billabong Scuba Resort






Sekolah di Pulau Mabul

Perkampungan sekitar Mabul
Anak-anak Mabul

Geng Bajau Laut
Sunset di Mabul
Dragon Inn Floating
Peak Bohey Dulang

Akhirnya sampai juga.. selalu tengok kat IG orang je.
Pulau Sibuan.. memang awesome
Hausss nampak


Makan malam dekat pekan semporna.
Projek Travel Ke Mabul 10 February 2017-14 February 2017 Yang Dirindui.

Popular Posts