Percutian Ke Korea Musim Summer 2018

Thursday 13 September 2018
                                        


Hello Guyss.
Kejadian ni telah berlaku dalam beberapa minggu yang lepas, so kira fresh lagi la dalam otak ini.

Trip kali ini aku berempat bersama alif,ijat & adid, sebenarnya planning akhir 2017 kami nak ke Perth, disebab kan visa susah nak lepas so kami decide utk relocate tempat iaitu Seoul Korea. Trip ini dirancang selama 5 hari 4 malam sahaja sebab nanti lama-lama kerja dekat office tertangguh🤭

Okay, aku catatkan serba sedikit apa yang aku and the gang buat dekat sana mungkin dapat membantu korang sedikit sebanyak dari segi perancangan aktiviti.

Day 1: Kuala Lumpur - Seoul, Myeongdong,Dongdaemun,Namsan Seoul Tower

Flight jam 01:03AM, hujan lebat dekat airport selamat tak delay, seat kami ketiga last dari belakang kira dekat ekor.

Flight penuh..

Kami sampai dalam jam 8:30AM di Incheon Terminal 1, urusan imigresen lancar cuma adid sahaja yang kena soal banyak, siap staff imigresen sana minta tiket balik, vaucher hotel mungkin sebab muka adid tu macam backpackers bawak beg galas deuter besar kot..hahaha

Picture wajib kalau datang korea, mesti nak post kat IG..
  
Selesai semua, aku terus cari kedai convenient mart dekat airport untuk top up T-Money card. Kami ke Myeongdong menaiki train AREX all stop station, sebab nak jimat harga ticket untuk one way adalah 4,550WON termasuk deposit card.

Selama lebih kurang satu jam dalam train, so boleh lah tengok-tengok view korea dekat luar tu. Sampai  Seoul Station ambil subway line 4 warna biru untuk ke Myeongdong Station,Seoul Station ni sangat besar ok.. dan eskelator dia punya la tinggi-tinggi. Sampai Myeongdong keluar exit 3 jalan kaki ke Namsan Guesthouse 2, GH ni naik bukit sikit so bertabah je lah. Sampai awal tak boleh check in, check in jam 2PM keatas, drop bag dekat luar dan kami terus gerak untuk makan Ikan Bakar Dongdaemun.

Sampai stesen Dongdaemun,sila keluar exit 8 ye.. dan terus ambil kanan, korang mesti lalu depan JW Marriot Hotel, jalan street lebih kurang 500 meter berjalan, akan jumpa satu trafic light and then sila belok kanan buka mata cari singboard warna kuning, masuk lorong tu dah jumpe.
Cari Kedai ni..

Total :34,000WON


Selesai isi perut kenyang-kenyang, aku cadang nak ke Dota Mall untuk cari souvenir yang orang cakap murah,Sampai Doota Mall malangnya lepas naik F5,kedai tu dah tutup dan telah berpindah entah kemana. Oh ya, dekat area Dongdaemun ni korang boleh shopping dekat Dongdaemun Shooping Complex & Shin Pyeonghwa Fashion Town Mall. Aku tak masuk pun sebab mood nak shopping belum sampai😁.
Bangunan Doota Mall
  
Lepas bergambar sakan dekat area Dongdaemun tu kami terus ke DDP, Dongdaemun Design Plaza, bangunan macam UFO tu, kami just ambil gambar dekat luar sahaja tak masuk dalam pun, maybe kalau malam view dia lawa kot.

Dalam lebih kurang jam 4 petang kami decide untuk balik GH sebab nak relaks kejap, badan pun dah lesu dengan tak mandi bagai. Rest one hour, aktiviti diteruskan ke Namsan Seoul Tower, aku beli tiket masuk ke NT di web KLOOK dengan harga RM21/pax, tiket boleh di redeem dekat kiosk mesin dekat entrance nak masuk NT. Ada 3 options nak ke NT iaitu dengan menaiki cable car, naik bus, dan walking/hiking so kami decide untuk walking/ hiking naik dekat atas tu.. fuhh bagi yang tak larat jangan cuba2 ya sebab aku tak ingat berapa anak tangga dan kalori di burn hahaha. Dari Namsan GH ni boleh jalan kaki untuk pergi ke cable car tu, kalau nak naik bus pun boleh.. tunggu dekat stesen bus seberang jalan depan stesen cable car, stesen bus menghala turun.. bukan korang kena jalan turun.. tunggu dekat tiang yang ada logo bus. Sila naik bus bernombor 02 warna kuning, boleh guna T-Money card, tap time masuk dan keluar ye.

nak bagi tips, sebenarnya kan kalau nak bergambar dekat Namsan Tower ni tak perlu beli tiket pun, korang just masuk je dan ambil gambar dekat luar, area mangga berkunci semua dekat area luar, itu pun dah memadai.. tapi jangan la naik menara tu.


Namsan Tower dari bawah.
 
Lock Cinta.. nanti kalau dah berpisah boleh datang sini balik cari dan remove

Settle je kami terus turun sebab dah tak larat nak turun tangga, kami decide untuk naik bus bernoombor 02 tu yang ada dekat bawah NT,kami turun dekat Namsan Cable Car dan terus walking menuju ke Myeongdong Street. Dekat Myeongdong Street ni tak pernah sunyi, macam- macam manusia ada, kami just walk around dan ada juga beli food street dekat situ.

So itu lah aktiviti kami untuk hari pertama.


Day 2: Gyeongbokgung Palace, Gwanghamun Square,Bukchon Hanok Village, Insadong, Seoul World Cup Stadium.

Awal-awal pagi kami dah bangun siap golek2 atas tilam jam 9 am juga baru semua siap.

Breakfast untuk orang bujang di perantauan.. hahaha
Aktiviti hari kedua diteruskan ke Gyeongbokgung Palace, senang sahaja nak pergi palace ni, turun  Gyeongbokgung Station, keluar exit 5, ikut direction dekat signboard dalam stesen tu harga tiket masuk 3,000WON seorang.

Bezanya dia pakai hanbook aku tak..
Nak ambil picture macam ni kena que ye..
Dah explore semua tempat dan bergambar sakan semua, kami terus ke Gwanghamun Square, tempat ni dekat je.. korang kena keluar ikut main entrance palace ni dan crooss road besar tu.. dah nampak. Gwanghamun Square ni macam dataran merdeka la sebab keliling dia semua bangunan-bangunan besar dan ada kedutaan.. tapi bagi yang merancang nak ke Cheongyecheon Stream boleh jalan turun ke bawah sikit.. bukan turun naik subway tau.. sebab sungai tu dekat dah dengan Gwanghamun Square ni.. aku tak pergi sebab kami plan nak datang malam nak tengok keindahan lampu dekat situ waktu senja.
Statue King Sejong
Masuk  Gwanghamun Station, dan naik subway terus ke Angguk Station, keluar Exit 2 untuk menuju ke Buckhon Hanok Village, tempat ni bagi aku sangat awesome sebab seni binanya yang sangat cantik melambangkan budaya Korea zaman dulu-dulu kot. Lepas keluar je Exit 2, korang make sure jalan street dalam300 meter macam tu terus seberang jalan. Nak masuk Bukchon Hanok Village ni, ada kedai jual souvenir dekat jalan masuk village ni.
Jalan 300 Meter, dan sila seberang jalan ye..

Boleh jadi model hanok village tak?.
Seronok sangat bergambar dengan macam- macam style so kami teruskan ke Insadong, jalan kaki je..masa korang sampai tadi tu kan keluar Exit 2, so nak pergi Insadong Street ni Exit 6, keluar dari Exit 6 ni jalan 100 meter belok kiri dah jumpe Tourist Information.. so boleh ambil map.. dekat sini souvenir murah2.. boleh beli siap2 ye.

Dekat Insadong ni banyak kedai jual souvenir.
Art Centre.
Selesai borong souvenir untuk kawan-kawan, aktiviti diteruskan ke Seoul World Cup Stadium, Naik subway line 6, Exit 1 dah sampai..  dan dalam subway pun tak ramai sebab line ni menuju ke Jamsil Sport Complex. Aku teringin nak ambil gambar dekat sini sebab stadium ni pernah jadi venue untuk FIFA World Cup 2002 kalau korang ingat la..

Akhirnya sampai juga..
Kami terus gerak balik ke Myeongdong untuk makan. Petang ini kami bercadang nak makan nasi goreng dekat Yoogane Nasi Goreng. Kat sini menu famous adalah nasi goreng ayam, memandangkan ayam tak halal so kami pilih nasi goreng seafood je.

Pintu masuk kedai ni

Di masak live depan korang.. Total: 24,000WON

Sila order seafood ye..6,000WON Seorang
Map untuk pergi kedai Yoogane ni incase korang still atk jumpe


Day 3: Nami Island, Petite France, Jamsil Lotte World,Cheongyecheon Stream.

Hari ini kami bangun awal sebab perjalanan kami sangat panjang dan lama. Ada yang tanya macam mane nak pergi Nami Island, sini aku bagi direction.

1.From Myeong-dong Station, take LINE 4 train heading to the direction of Chungmuro Station to get to Dongdaemun History & Culture Park Station.

2. When arriving at Dongdaemun History & Culture Park Station, change to LINE 2 and take the train heading towards Sindang Station to get to Wangsimni Station.


3. When arriving at Wangsimni Station, change to JUNGANG LINE and take the train heading towards Cheong-nyangni to get to Mangu Station.


4. When arriving at Mangu Station, change to KYEONGCHUN LINE and take the train heading get to Gapyeong Station. Last station Chuncheon

 
Tunggu train, lebih kurang 20 minit baru train sampai.
Keluar je dari  Gapyeong Station ni dah nampak stesen bus, so tunggu je kat situ untuk naik Gapyeong Bus Tour.. harga 6,000WON seorang bayar tiket dekat assistant driver.

Keluar je dari Gapyeong Station, sila terus que di bus stop betul-betul hadapan stesen.

Drop first adalah nami island.. harga tiket masuk 13,000WON seorang.

Kelasi untuk Namira Island
Tunggu musim autumn maybe nice picture ni


Ikut pembacaan aku dekat nami island ni ada kedai makan halal, asian cuisine namanya.. tetapi kedai tu tutup pulak renovation sehingga 7 september 2018.. so kami decide untuk makan pizza dekat kedai sebelah dia..kedai ni friendly muslim.

Close sementara..dekat sini ada surau.

Makan dekat sebelah Asian Cuisine-Friendly Muslim, Total : 39,000WON

Jam satu petang kami dah keluar untuk ke Petite France, nak pergi Petite France ni naik bas yang sama, korang just tunggu dekat tempat turun masa datang tadi bezanya kena tunggu seberang jalan. Untuk masuk ke Petite France ni aku beli guna kupon dapat dari KTO dapat diskaun.. hanya bayar 8,000WON sahaja seorang.

Ala-ala France.


Kami spends satu jam je dekat sini, setelah selesai sila tunggu dekat stesen bus yang korang turun tadi, stesen terdekat adalah Cheongpyeong Station, Kami turun  turun dekat Chyeongpyeong station untuk terus ke Jamsil.

Tujuan kami ke Lotte World Jamsil ni sebenarnya nak pegi Hard Rock Shop.. malangnya kedai hard rock dah tutup bulan mei hari tu..begitu hampanya.. paling ketara ijat dengan alif la sebab dorang hard rock hunter.. hahaha..

Dah tutup.. lampu pun off.
 Balik turun dekat stesen City Hall sebab nak pergi bergambar dekat Cheongyecheon Stream, waktu kami sampai tu meriah sebab ada launching movie korea yang baru tu.. punya la ramai orang.

View dari City Hall.
Cheongyecheon Stream
Perut terasa lapar sebab kecewa kedai hard rock tutup, kami plan makan dekat kedai Kampung Ku, kedai ni dekat Myeongdong berhampiran dengan GH yang kami stay.. Kalau korang nak pergi sini Myeongdong Exit 3, jumpe 7E, jalan street ambil lorong paling kanan sampai dah..
Menu dekat Kampungku, Total :79,000WON

Settle untuk hari yang panjang.

Day 4: Nandaemun market, Ewha Women Uni, Hongyik Uni/Hongdae,Itaewon.

Lepas breakfast terus ke Nandaemun Market, just walking je sebab dekat dengan Myeongdong dan GH kami. Bagi sesiapa yang nak pergi sini naik subway turun Hoehyeon Sation Exit 5,6,7.. kalau jalan kaki dari Myeongdong cari bangunan Shinsage, pasar tu sebelah bangunan tu je.
Nandaemun Market

Kalau korang plan nak beli brooch, boleh beli dekat sini. Tingkat 2, Eledgang nama building tu.. warna hijau..

Ni bangunan yang jual brooch tu,.. ada tangga kat tengah-tengah kedai

Pilih untuk yang tersayang
Aku beli dekat kedai ahjussi ni.. dia siap bagi satu brooch free lagi.. recomended, kedai No 209.

Aktiviti di teruskan ke Ewha Women University.. aku suka kawasan sekeliling dia.. tenang je.
Cari jodoh dekat sini..hehe

Hongyik Uni/Hongdae ni tempat muda mudi berkumpul, aku bukan muda sangat pun.. hahaha.. dekat sini ramai sangat orang, tempat berkumpul pelajar universiti. kalau korang nak cari baju korea fesyen terkini boleh datang sini.

Street Dance..

Aku rasa dekat Hongdae ni lah tempat paling ramai manusia

Terus gerak ke Itaewon, perut dah lapar. Kami makan di restoran EID, Itaewon ni banyak kedai halal, kedai eid ni berhampiran dengan Seoul Mosque, nak cari senang je.. korang mesti keluar dari exit 3, jalan street dalam 200 meter ada simpang ambil kanan, jalan lagi naik bukit tu dalam 300 meter akan jumpa satu lorong ambil kanan jalan street sampai jumpe seoul mosque tu. sampai pintu gerbang masjid tu jalan depan sikit dah sampai.

Seoul Central Mosque, banyak foreigner dekat luar masjid.
Samgyetang Soup, sangat sedap.. sup ayam ginseng..12,000WON
 
Dekat kedai makan tu, kami ada borak dengan sorang kakak ni rakyat Malaysia, dia dah stay dekat korea tiga bulan training pasal buat train ECRL yang gov.cancel tu.. hii sis.. harap2 dia baca blog aku.. hahaha.. sis ni suggest untuk balik Myeongdong naik bus..so kami pun try la naik bus bernombor 421 untuk menuju ke Myoengdong. Nak naik bus ni sila tunggu di bus stop depan Hamilton Hotel Exit 1, untuk road Nandaemun Market - Myeongdong.

Naik bus nombor 421 untuk ke myeongdong, sila tunggu dekat bus stop Exit 1.
Malam ni, malam last kami dekat korea so kami habiskan masa dekat Myeongdong Street,time ni pasukan Korea lawan Jepun dalan game bola sepak Asean Games di Jakarta Palembang.. memang meriah la netizen negara kimche tu dengan sorakan. Kami plan nak makan Sulbing dekat Myeongdong.. untuk detail korang boleh click > Korean Dessert Cafe

Egg Bun, Korang boleh cuba dekat myeongdong street.
Adidas Runner Seoul, training dekat myeongdong street tu..


Day 5: Dongmyo Market, Icheon - Kuala Lumpur.

Kejap je masa berlalu, so lepas breakfast, kami check out siap- siap sebab nak pergi Dongmyo Market. Pasar ni sangat best bagi aku sebab, kalau kat negara kita di panggil pasar karat.. tetapi pasar dongmyo ni lain sikit dari segi baju, kasut, dan barang-barang yang dijual sangat bagus kualitinya dan ada barangan antik.. kami habiskan masa 2 jam dekat sini. Lepas settle adid beli baju, ijat beli jersi korea dengan harga 1000WON je..

Barang-barang yang di jual.

Barangan terpakai tetapi still boleh pakai.

Kalau nak cari boots atau jacket untuk winter boleh usha dekat Dongmyo Market ni.

kami terus gerak untuk makan  dekat Nasi Lemak D'Seoul, singboard dekat kedai tu GOGIRANG.
Korang kalau nak datang sini keluar Exit 8, Myeongdong Station belok kiri akan jumpe Shinhan Bank.. go street turn left lorong yang first and street je dan sampai..
Kedai Nasi Lemak D'Seoul, waktu malam..Owner melayu.

Asam Pedas Tenggiri.. sangat sedap 12,000WON
Lepas isi perut terus ambil beg dan naik AREX All Stop Statiom ke Terminal 1,Sampai Icheon Airport jam 2:30PM lepas check in semua beg, tunggu flight balik KUL.
 
So that serba sedikit cerita trip summer aku ke korea 2018.

Untuk Tips Ke Korea Musim Summer Tanpa "Tour Guide"

Bagi yang mencari pakej-pakej percutian jimat boleh like facebook
Seperti link di bawah ye☺️






Popular Posts