Sambal Udang Petai Yang Mantap

Wednesday 28 July 2021

 

 


 Hello Guys..

Hari ini aku nak share satu resepi mantap, korang kalau nak diet jangan cuba resepi ini nanti confirm tambah nasi.

Bahan-bahan dan cara nak masak aku ada sediakan dalam video diatas.

Selamat mencuba.


Chicken Grilled BBQ Sauce & Mustard

Tuesday 27 July 2021

 


Hello Guys

Aku nak share resepi mudah ni, korang yang bujang atau suami isteri nak bagi couple rasa air tangan tu boleh cuba resepi aku ni. Aku dapat resepi ni dekat Tik Tok, tapi aku oleh sedikit la nampak sama tapi tak serupa.Dalam ayam panggang ni aku letak mustard sikit nak bagi rasa oversea.

 

 Bahan-bahan dan cara nak buat ada dalam video diatas, jadi korang boleh lihat, tolong bantu like & subcribe jika korang ada akaun Youtube. Selamat mencuba.


Puff Pastry Spinach Senang Untuk Dibuat

Friday 23 July 2021

 



Hello Guyss.

Hari ini aku nak share satu resepi iaitu karipap orang putih (Puff Pastry Spinach)

Bahan-bahan dan cara nak buat takde lah susat sangat. Berbeza dengan kuih karipap yang kita perlu kupas kentang dan masak kari dan sebagainya. Aku hanya guna bahan-bahan yang ready made sahaja. Untuk orang bujang korang mesti cuba buat puff ni tau, sebab musim PKP tak dapat nak lepak dekat cafe kan so kita cuba sesuatu yang baru pula.


Bahan-bahan:

200 gram Baby Spinach/Bayam

145g Yeos Kari Ayam (Dalam Tin)

1tbsp Tepung Jagung letak air sikit.

4 Keping Puff Pastry Kawan

Sesame Seed dan Lemon untuk diperah masa nak makan nanti.. rasa dia ummpp.. sedap...


Cara-cara korang boleh lihat di video kat atas, sambil tengok jangan lupa subcribe dan like ye.

bantu-membantu.


Cara Masak Lemang Daun Pandan Guna Air Fryer

Wednesday 21 July 2021



Hello Guyss.
Hari ini aku nak share satu resepi lemang moden yang cara nak membuatnya menggunakan Air Fryer. Semalam lepas je aku update dekat story instagram, ramai pulak yang DM tanya macam mana nak buat. Sebenarnya resepi ni popular dari tahun lepas lagi masa PKP 1.0.

Tahun lepas juga aku ada buat lemang ni dan post dekat Tik Tok, memandangkan video tu kena shadow banned dan aku malas nak appeal. So untuk korang semua, aku sediakan video tutorial cara untuk korang  buat bila ada masa nanti.


Aku pasti, ramai kan antara kita dekat rumah dah ada Air Fryer ni atau Penggoreng Elektrik. Selain dari menggoreng dan memanggang apa kata korang cuba buat lemang ni.

Selamat mencuba.

Resepi Virgin Pina Colada Segar Tanpa Alkohol

Monday 19 July 2021



Hello Guyss.
Pina Colada adalah air minuman segar yang popular dekat Puerto Rico, Minuman ini biasanya dibuat menggunakan nenas, air santan, air kelapa, rhum dan ais.

Berikut adalah resipi yang aku buat tanpa menggunakan (rhum) atau nama melayunya alkohol lah.


Bahan-bahan:

2 Cawan nenas frozen atau nenas yang telah disejuk beku.

1 Cawan santan tanpa lemak 

1 Cawan jus nenas

1/2 Cawan ais (optional)

sepotong nenas atau berry untuk hias di topping.


Untuk cara membuatnya boleh klik video dekat atas untuk menonton.

Jangan lupa subcribe, like dan komen ya kalau berjaya buat.

selamat mencuba.

Resepi Ketam Masak Black Pepper & Sos Tiram Simple dan Mudah

Thursday 15 July 2021


Hello Guyss

 Hari ini nak share satu resepi ketam masak black pepper & sos tiram yang sangat mudah nak buat.

Rasa sangat sedap, bukan nak puji diri sendiri tapi hakikatnya memang mabelesss.

Dekat bawah aku share resepi ringkas ketam yang aku masak ini.



Ketam Masak Black Pepper & Sos Tiram (hidangan untuk 2-3 orang saja)

Bahan-bahan:

4 Ekor Ketam Nipah atau apa-apa ketam yang ada dipasaran.

6 Sudu teh lada hitam kisar kasar atau boleh ditumbuk.

1/3 Butter.

1/2 Ulas bawang holland di potong dadu. 

2 Tangkai daun kari.

500ml air.

5 Sudu teh sos tiram.

4 Sudu kicap pedas.

2 Sudu sos soya.

2 Sudu tepung jagung dicairkan. 

 

Untuk cara memasak sila lihat video diatas. sangat mudah.

selamat mencuba semua..

 

Popular Posts