Trip Hatyai 3 Hari 1 Malam Sangat Berbaloi

Thursday 13 December 2018
Hello Guyss.
tengok tajuk macam pelik kan 3 hari tapi satu malam.. betul ke.. ye memang betul hehehe.
Untuk makluman, trip ke Hatyai ni korang boleh pergi ke dengan harga serendah RM240 sahaja tau tapi naik bas ye.. bukan flight.. hehehe.kalau korang perasan berlegar-legar di group whatsapp gambar dekat bawah ni sah la trip ni dari #KIMPAITRAVEL. Macam tak percaya kan dengan harga serendah tu ni boleh pergi luar negara, kalau di compare untuk kita pergi sendiri mungkin tak dapat harga ini, yelaa mana nak cari tiket ETS, mana nak cari hotel, kos-kos perbelanjaan transport dekat sana lagi kan..
 Seawal jam 10.00 malam semua peserta kena berkumpul, yang paling bestnya, trip ke Hatyai ni dari Subang Jaya & Shah Alam jadi orang-orang berhampiran apa lagi jom la ikut kami.. hehehe.
Lepas korang semua dah melapor diri dekat person in charge yang jaga dekat tempat menunggu tu, bas akan gerak ke Rehat & Rawat Jejantas Sungai Buloh untuk mengambil penumpang area sana pula ye. Lepas toilet break terus gerak  menuju ke Bukit Kayu Hitam, dalam bas korang boleh tidur atau berborak-borak dengan kawan-kawan yang baru kenal dalam bas tu..
Bas akan berhenti di R&R Gurun untuk korang bersiap-siap mandi dan terus menunaikan solat subuh ye.. jangan tak solat pula.
Bas sewa khas tau..
Selepas sampai di CIQ Bukit Kayu Hitam & selesai urusan imigresen, terus ke sempadan Malaysia Thailand iaitu Sadoa Checkpoint untuk masuk ke Thailand dan terus ke Hatyai.
Tapi sebelum tu, masa berhenti dekat gurun korang kena breakfast dulu..wajib tau makan untuk breakfast sebab kalau skip nanti cepat gemuk.. hahaha.
Selesai urusan keluar masuk kedua-dua negara, perjalanan diteruskan ke Songkhla, tapi sebelum tu korang akan dibawa ke restoran untuk makan tengahari, sendirian berhad ya..guide akan collect semasa dalam bas sebanyak 600 bath, selesai makan terus dibawa ke masjid negara songkhla untuk siap-siap solat jamak dekat sini, view masjid ni lawa, macam Taj Mahal, lepas tu korang akan dibawa ke Samila Beach, dekat sini area pantai ada naga dan ikan duyung.. ikut lagenda orang thai ada ceritanya sendiri jadi kalau nak tahu kena la ikut trip ni ye.. selepas korang bergambar bersama-sama ikan duyung & pose-pose tepi pantai.

cube cari mana, admin.. hahaha
Next visit Chang Puak Camp, taman yang mempunyai gajah, tapi kan kalau korang tak berminat & kesian untuk ride gajah tu, boleh je, ada banyak aktiviti disediakan dekat situ just bayar je.. hahaha.
Chang Puak Camp
Tempat yang seterusnya ini adalah tempat yang wajib untuk pelancong ke Hatyai, kalau tak pergi memang tak sampai Hatyai lah.
Pasar Khlong Hae ni, peniaga menjual makanan yang sangat-sangat unik & sedap, yang bestnya dijual atas sampan.. haa best kan.bukan setakat makanan yang ada dijual! baju & barangan cenderamata juga ada, sediakan saje duit bath tu..
Floating Market... best
So dah penat jalan-jalan, makan, shopping terus gerak ke hotel untuk rehatkan badan.
Setaraf 3 bintang.
Sebelah malam pula, kalau korang boring dan nak rasa suasa malam dekat bandar Hatyai boleh je round, spot menarik adalah di Asian Night Bazar dan Lee Plaza Walk Market, perghh memang best dekat sini, pulut mangga, udang galah semua adooo.. nak pergi sini kalau korang malas nak jalan kaki boleh naik tut-tut je senang 20 bath seorang
Udang Galah.. sepinggan 300 bath
Pulut Mangga depan Lee Plaza.. laris..sedap
Hari ketiga pula, lepas check out, kami akan bawa korang semua sarapan, tak payah risau tentang duit cukup ke tak.. kan dah collect dalam bas tu 600 bath.. hehehe
Lepas kenyang je terus kami bawa shopping ke Nora Plaza, syurga membeli belah di Hatyai, dekat sini terdapat banyak barang-barang kulit seperti bag tangan, wallet dan macam-macam lagi lah.. jadi kalau korang bukan kaki shopping boleh je tido dalam bas tu.. tapi rugi laa kan datang jauh-jauh tak masuk.


Selepas itu  ke Kilang Gajus, dekat sini macam-macam ada untuk korang beli sebagai souvenir dekat kawan, jiran, kawan pejabat.. harus beli kan..hurmm.paling famous dekat sini gajus & pes tomyam dan maggi tomyam sangat sedap dan kalau dah penat shopping beli macam tak ingat dunia, korang akan di bawa untuk makan tengahari hehe.
sekarang, masa untuk balik, tapi sebelum tu, akan singgah makan tengahari dulu untuk makan, kami akan bawa korang ke restoran halal di Hatyai, dalam perjalanan nak ke border Thailand & Malaysia tu, bas akan stop untuk memberi peluang kepada korang untuk shopping habiskan duit-duit bath yang berbabaki tu.. hehehe.. dekat Pekan Danok ni ada jual Narita, Toto, Periuk, Thermos dan macam-macam lagi.. tapi ingat jangan beli buah mangga pula yaa nanti kena tahan.


Selesai urusan imigresen, bas terus gerak ke Shah Alam & Subang, kalau tak jem bas akan sampai dalam jam 12:00AM. Soo.. apa lagi jom la jalan-jalan ke Hatyai.. serendah RM240 anda boleh pergi ke luar negara macam tak percaya kan..so berakhirlah trip 3H1M anjuran kami.. hehehe

Group ke Hatyai 3H1M
Cube lihat tentatif program kat bawah ni:

 (10:00PM) HARI PERTAMA 
 Pickup Peserta Di Shah Alam Seksyen 14

       Bertolak Ke Bukit Kayu Hitam (Sempadan Malaysia – Thailand)

   HARI KEDUA
Berhenti Mandi & Solat Subuh Di R&R Gurun Atau Changlun
    Urusan Sempadan Termasuk Imigresen Dan Sebagainya
  Makan Tengahari & Solat
    Melawat Chang Puak Camp (Taman Gajah)
     Menuju Ke Songkhla
      Pantai Samila (Ikan Duyung)
   Floating Market
  Check In Hotel
 Aktiviti Bebas

   HARI KETIGA
Check Out Hotel 
  Sarapan Pagi
   Membeli Belah Di Nora Plaza (Barangan Kulit/Minyak Angin)
    Kedai Kacang & Gajus
 Makan Tengahari & Solat
  Diteruskan Perjalanan Ke Pekan Dannok, Shopping Di Pasar Dannok
 Keluar Border Dan Balik Ke Malaysia



RM240 Dewasa
RM190 Kanak-Kanak
Deposit : RM140 , sebulan sebelum trip perlu jelaskan baki


   HARGA TERMASUK
Pengangkutan Sepanjang Lawatan Mengikut Aturcara Lawatan
Hotel Lee Gardens/Sakura Hotel @ Setaraf Dengannya 
Thai Guide & Insuran Thai
Lawatan Tempat Menarik 
 Mineral Water 1 Botol/Hari
Caj Kastam 
Bayaran Keluar Masuk Border Per Bas

HARGA TIDAK TERMASUK
 Makan & Minum
 (Dewasa 600 Bath, Kanak-Kanak 450 Bath, 2 X Lunch, 1 X Breakfast) 
Akan Di Kutip Semasa Perjalanan Menuju Ke Border.
    Tiket Lawatan Berbayar
Wang Perbelanjaan
   Tips



JADI APA LAGI TUNGGU.. JOMMM TEMPAH SEKARANG
www.wasap.my/60133703232/nakbookinghatyairm240



Popular Posts