Hidden Place In Cherating

Wednesday 13 November 2019
Hello Guyss.
.Sihat?Rasanya lama pulak tak update blog sebab busy baru balik dari Korea dan sibuk
 bersilat dengan kerja-kerja office semua.
Sebenarnya banyak story tak upload lagi so nanti-nanti la bila aku free baru create.
Anyway, dalam kesibukan ni, aku sempat juga mencuri masa untuk merehatkan diri so aku mengambil kesempatan untuk pergi bercuti ke Cherating. Percutian ni plan last minit, memang dari dulu, Cherating menjadi favorite spot aku untuk weekend getaway atau short vacay ni. nak pergi tempat lain sebenarnya ada je pantai yang cantik tapi aku rasa pantai yang best untuk merelaxkan diri adalah dekat Cherating kerana pantai dia best sikit dan tak ramai orang. Selain tu, boleh singgah Kemaman kena satar, otak-otak dengan kepok lekor kan?dan boleh lajak ke Kuala Terengganu kena ikan celup tepung.
Sebelum bercuti ke sini, masa tengah scroll hotel list dekat agoda cari tempat penginapan ternampak nama Tanjung Inn ni. So, bila aku buka pagenya, rasa macam menarik pula tempatnya. First yang buat aku tertarik adalah gambar landskap dan chalet di sekitarnya tu. Dan bila tengok harga bilik, takdelah mahal mana dan sangat affordable. Harga bilik (tent) yang aku pilih untuk bermalam tersebut termasuk breakfast adalah RM75 semalam but lepas tolak dengan Agoda point aku, harga bilik tersebut jatuh less than RM70 untuk tent seperti dalam gambar.
So, pada hari Sabtu tu, aku bergerak dari rumah sekitar jam 9.00 pagi. Asalnya nak bertolak seawal jam 7.00 pagi tapi macam awal sangat,. Alhamdulillah jalan tak sesak tapi masa aku pergi  tu cuti umum ahad perayaan Depaavali.
On the way tu, aku singgah sekejap di temerloh sebab ada urusan so alang-alang terus lunch, Kalau  dah sampai Pahang ni, mestilah pekena ikan patin tempoyak kan?
Kedai yang aku singgah ni menunya bagi aku sangat sedap, korang patut cuba dan ia terletak dekat tengah-tengah Bandar Temerloh
Boleh google map nama kedai ye
Satu set RM16.. yang paling best siap ada sambal hitam tu
Seketul besar tu berharga RM16.00. Apapun, Alhamdulillah puas hati dapat makan hidangan famous negeri Pahang ni.

Sampai di Tanjung Inn, Cherating sekitar jam 4.30 petang. Tak susah nak cari lokasinya… walaupun Google Map tu tag location yang sedikit berbeza . Selesai check-in dan ambil kunci, aku terus pergi ke “Khemah” yang terletak berhampiran pantai, sebelah belakang.  Viewnya memang sangat menarik. Penuh dengan pokok-pokok, memang sejuk mata memandang.
Sebenarnya resort ni memang kurang dikenali di kalangan pelancong tempatan tetapi tetamunya banyak dari kalangan pelancong luar negara kerana resort ni banyak mendapat recommendation/feedback yang baik dari TripAdvisor dan Lonely Planet. So, tak hairan la kalau kelibat pelancong luar selalu kelihatan kat sini.
Tent style
Ruang dalam tent
Communal bath sharing ye.. dekat kiri & kanan tent
Resort ni memang sangat tenang dan mendamaikan.. ayat promosi.. oppss. But seriously memang camtu. Kepala rasa relaks bila tengok pemandangan kat sini. Hilang stress sekejap. Lebih-lebih lagi kalau korang bangun pagi dan keluar ambil angin time ni. Dengan bunyi desiran ombak, .tiupan sang bayu dan bunyi burung-burung berkicauan, memang tenang gilerr!!!yang paling best korang boleh berkayak dengan percuma okay.. atas risiko sendiri.
kalau dekat luar mau kena caj mahal ni..

Di Tanjung Inn ni juga menawarkan pelbagai jenis penginapan yang lain antaranya villa (yang boleh menempatkan kumpulan yang lebih besar), director chalet, family chalet, deluxe chalet, fan chalet, new chalet yang menghadap laut, digs serta khemah.

nama-nama chalet

Kalau boring boleh masuk baca buku
menu breakfast
So, that’s about it la pasal short trip aku kali ni di Cherating. Kepada pembaca yang berminat untuk stay di Tanjung Inn ni boleh lah try

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungan contact di bawah:
No. telefon: +609 581 9081 / +6011 3989 9402
E-mail: booking@tanjunginn.com
Website: http://www.tanjunginn.com


Bagi yang mencari pakej-pakej percutian jimat boleh like facebook
Seperti link di bawah ye☺️

fb.me/kimpaitravel





Sayang Aku Tahu Putus Cinta Itu Sakit

Sunday 10 November 2019
Kelmarin lalu gambar remaja mengelar tangannya kerana putus cinta.
Sayang, aku tahu putus cinta tu sakit. Sakit dia sampai boleh physically rasa kat dada.
Menangis lah sayang takpe, kita manusia. It's okay to be weak.
Tapi biar aku bagitau kenapa hurting yourself tak berbaloi:

In the future, you will move on. Trust me, you will.
Put yourself yang sekarang sedang tersakiti itu in the future.
Bawakan your future-self. Pujuk diri anda yang sekarang.
"Takpe dowh, itu sekarang. Nanti kau dah di masa aku, kau dah okay dah"
"Lek ah doh, aku skang okay je"

Tapi kan susah kalau nak move on kalau tangan anda ada peringatan?
Bekas kelar yang mengingatkan kat ex tu.

Berbaloi ke dia sampai kau permanentkan dirinya di badan kau dengan parut?
Nanti bakal jodoh tanya "Ini parut apa?"
Bakal Anak.
Bakal Cucu.
Ah sudah, nak jawab apa?

"Tapi bang saya single sampai sekarang. Tak move on"
Lah... siapa entah cakap single tu salah?
Kalau nak tau, orang single ni pun boleh bahagia.
Takde random merajukkan benda-benda bodoh.

Random cari gaduh.
Random sakit hati.
Random memujuk.
Single tu pun rezeki.

Ada duit lebih, sebab tak pergi kat partner. Belanja b'day present lah. Dinner lah.
Pergi belanja diri sendiri. Mak ayah. Adik beradik. Kawan-kawan.
Ada juga masa lebih. Sebab tak perlu dating walaupun penat. Boleh netflix sesuka hati, lepak sesuka hati.
"Tapi nanti dah tua nanti takut mati sorang"
Dik, kita lahir pun sorang. Mati pun sorang.
Konsepnya Reda. Tiada kepastian suami/isteri anda tidak pergi dahulu sebelum anda.
Life has no assurance

Konsepnya reda. Dah mati nanti Reda lah pada kawan, ahli keluarga untuk uruskan.
Aku tak poyo, aku pun takut duk rumah sorang-sorang.

Kunci spare tinggal kat office, kalau aku senyap mai datang cari.
Jangan biar aku mereput kat situ. Uruskan jenazah aku elok-elok.
Kerana penjamin hidup mati, serahkan saja dalam doa
Dalam premis ini aku memesan juga, pada yang dah kahwin, couple. Tanya-tanya lah khabar kawan single tu.

Entah dia lapar. Entah dia sunyi. Entah dia hidup. Entah dah mati.
Anda kenal dia dulu, sebelum anda kenal pasangan anda.
Kau putus, bercinta member sama masih setia disitu

Dan si single, jadi lah orang yang sentiasa dicari-cari.
Sentiasa dicari di ofis bukan kerana kerja tapi kerana anda penting.
Sentiasa dicari dalam keramaian. Bukan untuk diumpat tapi disenangi.
Sudahnya bagaimana hubungan di dunia begitulah kita diuruskan bila mengadap nanti.


Coretan ini dibuat oleh salah seorang follower saya di Twitter. Beliau juga adalah pengacara terkenal disebuah stesen tv berbayar @Hazeman Huzir

Bagi yang mencari pakej-pakej percutian jimat boleh like facebook
Seperti link di bawah ye☺️



Shopping & Jalan-Jalan Sakan Di Ho Chi Minh 3H2M

Monday 14 October 2019
Saya kongsikan itinerari dan beberapa tips berikut buat rujukan bagi anda yang ingin travel ke Ho Chi Minh. Trip ini saya bawa seramai 12 orang, rata-rata mereka memang sangat teruja untuk ke sini.Pakej yang mereka ambil serendah RM799 termasuk tiket penerbangan,hotel, makan & minum, pengangkutan sepanjang disana dan juga tour.

Bagi mereka yang pertama kali  datang, saya ceritakan sedikit pengalaman ini, Mungkin bagi mereka yang berminat nak ke Vietnam(Ho Chi Minh).
Ibu negara: Hanoi
Bandar terbesar: Ho Chi Minh
Bahasa: Vietnamese
Matawang: Vietnamese Dong (VND)
Masa: Sejam lewat daripada Malaysia tapi 6 pagi macam 7 pagi di Malaysia. 6 petang macam 7 petang di Malaysia.

HARI PERTAMA:
Berkumpul di KLIA2, Flight jam 11:50AM.
Perjalanan mengambil masa 2 jam dan tiba di Tan Son Nhat International Airpot jam 12:55PM waktu Vietnam.
Selesai urusan imigresen, kami disambut oleh tour agent yang telah ditempah khas, menaiki bas dan seterusnya menuju ke Bandar Ho Chi Minh untuk membeli belah.Vietnam ni memang syurga untuk peniaga,antara kedai yang kami singgah adalah sepertia Diana Collection, Hawa Retail. Kedai-kedai ini semua menjual telekung, tudung-tudung dan beg.
Setelah selesai membeli belah, aktiviti diteruskan dengan melawat Saigon Post Office, Juga gereja lama yang boleh dilawati hanya berhadapan Pejabat Pos dan kemudian diteruskan terus ke Hard Rock Cafe.
Setelah penat seharian membeli-belah dan melawat Bandar Ho Chi Minh, kami seterusnya menjamu selera merangkap makan malam di restoran halal berhampiran Ben Than Market dan ia termasuk dalam pakej.
Selesai terus dibawa ke hotel penginapan, apa yang seronoknya hotel penginapan kami ini hanya 300 meter dari Malaysian Street.. syurga membeli belah untuk Malaysian dan paling penting jangan lupa cuba Vietnam Coffe dan Kuih Bingka yang dijual sekitar Malaysian Street ya.
Kalau pergi ikut trip tak payah susah-susah cari teksi.. bas dah sedia..
Gedung Telekung & Tudung.
Northe Church, gereja lama
Saigon Post Office.. wajib ambil gambar dekat sini..
Jangan lupa beli sehelai untuk kawan-kawan kalau ke sini ye..
Makan malam.. semua dah termasuk dalam pakej.
Hotel yang sangat selesa dan berhampiran Malaysian Street.

HARI KEDUA :
Seawal  bagi kami semua telah bersiap sedia untuk aktivit ke Mekong Delta, setelah sarapan pagi bas tiba tepat jam 8:00AM.Bagi yang travel sendiri atau secara backpackers anda boleh pergi dengan travel agent, atau ambil bas ekspress terus kesana,tiket ada dijual dekat travel agensi di sekitar Malaysian Street. Memandangkan trip ini telah termasuk dalam pakej jadi lebih mudah untuk kami kesana. Perjalanan mengambil masa sekitar dua jam, sebelum tiba di Bandar My Tho, kami telah singgah di beberapa kedai kasut dan beg. Disepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan lebuh raya bolehlah lihat keindahan kiri kanan jalan dengan sawah padi dan kehidupan rakyat Vietnam,lihat petak-petak sawah lebih kurang seperti di Malaysia juga tapi ada yang berbeza.
Setibanya di pelabuhan kami terus menaiki bot private yang telah disewa khas .Semasa menyusuri Sungai Mekong, masa nilah dapat menikmati pemandangan pulau-pulau kecil yang ada di sepanjang sungai. Lebih kurang 15 minit sampailah ke Pulau Uniqorn, antara pulau yang besarlah di Sungai Mekong. Aktiviti di pulau ni adalah antaranya melihat bagaimana orang di sana buat gula-gula kelapa, dari sebiji kelapa sehingga ke proses akhir menjadi gula-gula yang siap untuk dijual. Jalan-jalan melihat Ladang Lebah, kami diberi beri peluang untuk merasai teh madu yang dicampur dengan perahan limau kasturi dan sangat sedap.Setelah selesai kami semua dibawa menyelusuri dusun buah-buahan dan berehat di sebuah pondok untuk melihat persembahan muzik dan nyanyian Tradisional Vietnam sambil menikmati 5 jenis buah-buahan tempatan yang segar dan manis. Lepas dengar nyanyian merdu, kami dibawa  jalan-jalan mengunakan sampan menyusuri  di Sungai Mekong. Uniknya aktiviti ini kerana pendayung sampannya adalah wanita. Pendayung lelaki pun ada juga. Setiap sampan ada 2 pendayung dan boleh memuatkan 4 orang penumpang. Sepanjang sungai ini terdapat lebih kurang 300 sampan. Aktiviti menyusuri sungai berakhir di tempat bot menunggu. Seterusnya kami  dibawa untuk makan tengah hari di sebuah restoran halal di pulau itu. Sebab itulah pentingnya ikut travel agent, makanan terjaga, sudah semestinya dijamin halal hehe.. 
Sebelum bergerak balik ke bandar Ho Chi Minh, singgah lagi gedung pakaian cotton untuk membeli belah. Setibanya di bandar lewat petang kami terus dibawa ke restoran untuk makan malam, yang bestnya makan malam ikut tradisi orang Vietnam, makan Mee Pho dan Vietnam Spring Roll... sedapkan.setelah selesai makan, kini tiba masa free & easy, masa inilah boleh pergi pasar Ben Than yang hanya beberapa meter je dari kedai makan & hotel. 

Sungai Mekong..

Bagi yang tak pernah naik sampan boleh cuba ya..



Persembahan lagu-lagu tradisional
Membeli belah Coconut Candy
Menu makan tengahari.. tak perlu susah-susah tapau kalau ikut trip
Guide yang ohsem2
Fuhh.. panas-panas ni dapat pulak air kelapa.. perh..
Makan malam, Me Pho
Ni yang paling marbeles..

HARI KETIGA
Selesai sarapan pagi, kami semua diberi masa sehingga jam 10:00AM membeli belah untuk kali yang terakhir, sebenarnya banyak juga tempat-tempat yang menarik di sekitar District 1 ini yang boleh dilawati. Tepat jam 10, bas untuk ke lapangan terbang telah sedia dan semua mengucapkan selamat tinggal kepada Ho Chi Minh. 
Kalau ikut trip ni, guide bawak jalan-jalan pergi cafe ni tau.
Inside Ben Than Market
Kedai bunga dekat Ben Than
Bukan dekat KL ye..
Macam mana? menarik tak cerita dekat atas tu, jadi jika anda atau kawan-kawan, saudara mara yang teringin nak berjalan dekat Ho Chi Minh boleh lah ambil pakej dengan kami.Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kami search je kat Facebook Kimpai Travel atau di IG Kimpai Tripster

Bagi yang mencari pakej-pakej percutian jimat boleh like facebook
Seperti link di bawah ye☺️

fb.me/kimpaitravel
 

Airmata Gembira Menawan Puncak Gunung Kinabalu

Thursday 8 August 2019
Hello Guyss.
Perjalanan dua orang jejaka ini bermula sebaik sahaja pesawat yang di nakhoda oleh Kapten Azlan Shahir selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 12.05 pagi, 02 Ogos lalu.
 Misi dirancang sejak 2017, akhirnya menjadi kenyataan selepas Taman-Taman Sabah menetapkan tarikh pendakian untuk kami berdua pada 03 Ogos 2019 , sekali gus memberi peluang kepada kami berdua untuk menakluki Gunung Kinabalu, antara puncak tertinggi di Asia Tenggara yang memiliki ketinggian 4,095 meter atau sejauh 8.7 kilometer dari Timpohon Gate.
Bertemankan seorang malim gunung merangkap porter berpengalaman lebih dari sepuluh tahun, Francis, kami memulakan pendakian meneroka laluan ke puncak Gunung Kinabalu yang menjadi tumpuan pendaki tempatan dan luar negara.
Sebelum memulakan pendakian, kami dimaklumkan mungkin cuaca sedikit ribut dan berkemungkinan hujan sepanjang perjalanan dan di Panalaban, iaitu tempat persinggahan di ketinggian 3,272 meter dari aras laut.
Justeru, kami dinasihatkan  supaya bersiap sedia dengan kemungkinan yang datang oleh malim gunung. Panalaban adalah hentian baharu selepas Laban Rata ditutup berikutan kerosakan teruk akibat gempa bumi pada 2015. Semua pendaki yang ingin ke Low's Peak, perlu bermalam di sini, sebelum meneruskan pendakian pada jam 2.30 pagi.
Terdahulu, pada sesi taklimat sebelum mendaki, kami berdua diminta memaklumkan kepada malim gunung mengenai tahap kesihatan kami, bagi memudahkan aspek pemantauan, selain sebagai langkah berjaga-jaga. Antara penyakit yang tersenarai antaranya, tekanan darah tinggi, kencing manis, asma & penyakit jantung.
Diiringi bacaan doa, kami memulakan pendakian dengan menuruni anak tangga dari Timpohon Gate dan seterusnya menyusuri laluan hampir mendatar menuju ke air terjun Carson Fall.
 Kami seterusnya diuji dengan laluan batuan bertangga yang dibentuk berdasarkan bentuk muka bumi dan akar pokok hingga ke kilometer (KM) 4, sambil melewati beberapa pondok perhentian, bermula Kandis, Ubah, Lowii, Mempening, Layang-Layang, Villosa, Paka dan Waras sebelum tiba di Panalaban.

Kelajuan pendakian sebenarnya bergantung kepada stamina, ketahanan mental dan semangat pendaki.
Seperti yang diterangkan oleh Francis, pendakian fasa pertama adalah santai-santai bagi memberi peluang kepada kami untuk merakam gambar serta mengelak 'kaki krem' bagi meneruskan pendakian ke puncak pada awal pagi keesokan harinya.
Pendakian dianggap mencabar sebaik sahaja melepasi KM4, kerana keadaan suhu yang semakin sejuk, selain laluan yang semakin menegak, berbatu dan curam dengan gaung di kiri dan kanan, sekali gus amat menduga ketahanan mental dan fizikal kami.
Jika tersilap langkah, kami berisiko tinggi mendapat kecederaan dan sudah pasti menjejaskan peluang untuk meneruskan pendakian ke puncak.
Keadaan suhu yang agak sejuk dan berangin memberi kesukaran kepada kami tetapi dengan teknik pernafasan yang betul, selain latihan dan bekalan ubat-ubatan yang cukup, kami berdua berjaya tiba di Panalaban dengan selamat dalam tempoh empat jam.
Kami bermalam di Lemaing Hostel yang diuruskan Taman-Taman Sabah dan bersiap sedia untuk memulakan pendakian ke puncak pada jam 2.30 pagi menuju ke stesen Sayat-Sayat.
Semua pendaki perlu melepasi pusat pemeriksaan itu sebelum jam 5 pagi, jika sebaliknya, mereka tidak dibenarkan ke puncak.



Selepas menikmati hidangan malam, di Laban Rata Resthouse, kami berehat menantikan waktu untuk bergerak ke Sayat-Sayat.
Suhu yang rendah menyukarkan kami untuk melelapkan mata, namun ini tidak mematahkan semangat untuk menakluk puncak.
Selain memakai pakaian dan kasut sesuai, Francis memaklumkan kami supaya memakai topeng kerana ketiadaan hujan menyebabkan laluan ke puncak amat berangin  berembun & berdebu yang sangat kuat berikutan Gunung Kinabalu terbentuk daripada terobosan tektonik batuan Igneous berusia lapan juta hingga 15 juta tahun lalu, ia boleh membahayakan kesihatan pendaki.
Perjalanan kami ke puncak mengikut laluan baharu, susulan gempa bumi pada 2015,
Serpihan bongkah dari puncak Tunku Abdul Rahman yang mengorbankan nyawa pada 2015 masih 'tersergam' indah dan boleh dilihat jelas ketika pendaki menuruni puncak dari laluan 'anak tangga 1,000'.

Walaupun dibelenggu kesejukan, berbekalkan sisa kudrat selepas mengharungi tangga dan kemudiannya bertali di laluan batuan curam yang berbahaya.
Akhirnya kami berdua tiba di puncak ketika jarum jam menghampiri waktu 5.15 pagi.
Yang pasti, perasaan kegembiraan serta hiba ketika kami tiba di puncak selepas menempuh perjalanan yang panjang & bagi kami agak sukar sebagai mensyukuri peluang menikmati keajaiban ciptaan Allah SWT.
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan kami apabila berjaya memenuhi impian untuk menawan puncak Gunung Kinabalu.


Bagi yang mencari pakej-pakej percutian jimat boleh like facebook
Seperti link di bawah ye☺️



Popular Posts