Jalan-Jalan Makan Angin Di Ipoh Perak

Tuesday 29 December 2020

 Hello Guys,

Trip yang di plan semasa hari Cuti Krismas baru-baru ini memang ohsem. Siapa sangka rupanya dekat Ipoh banyak tempat menarik yang sesuai untuk instagramable macam korang. ewah..

Tasik Cermin, Ipoh  


Jalan-jalan dekat Ipoh aku travel solo je, and now aku hanya post gambar-gambar menarik if korang berpeluang untuk ke sana suatu hari nanti boleh lah bergambar ye.

ETS Gold


Stay dekat The Brownstone Hostel & Space

Rustic decorations
Backpacker style
 
Cafe-cafe hipster

Old Building Near Concubine Lane
Old Town Ipoh
Clock Tower
Ipoh Railway Station Building
Qing Xin Ping Village & Culture
Sam Poh Tong Temple
Concubine Lane
Pasar Loken Ipoh - Buka Ahad sahaja.
Barangan lama & antik dijual

Antara tempat-tempat makan yang aku singgah untuk cheat day

Restoran New Hollywood
IPOH Hainan Chicken Rice

Mee Daud Mat Jasak.
 

Sekian, untuk tatapan korang.. kalau ada iklan jangan lupa klik ya.



Ride Santai Ke Kuala Terengganu 2020

Friday 16 October 2020

 Hello Guys,

sejak PKP ni aku jarang berblog and pergi jalan-jalan, yela kan mana boleh travel weh. After gov allow untuk travel domestic tu pun aku just jalan sini saja. Ok now aku nak create satu story pergi konvoi ke Kuala Terengganu bersama kawan-kawan. Trip ni santai beb, memang tak rancang pun nak makan mana, apa tempat best kat ganu tu.


  Semua plan tu kita orang buat sama-sama tau, memang terbaik korang yang join trip ni, oh ya, aku pegi trip ni tak naik moto. kiranya aku ni response team la kot-kot ada moto yang jeemm ke problem so kami tiga orang  naik pacuan empat roda. Kalau fikir-fikir nak ride ke KT naik motor ni aduii..tapi memang terbaik. Next aku follow naik motor k.

Simpan buat kenang-kenangan.


Terengganu!! apa best eh?

 Ride Santai Ke Kuala Terengganu 2020 bersama team Subang Jaya & Jalan Sultan

09.10.2020-12.10.2020

Penginapan di Homestay Ayah Su, Pulau Sekati Kuala Terengganu

24 buah motor & sebuah pacuan empat roda

 

Nasi Dagang Atas Tol, Kampung Atas Tol Kuala Terengganu.

Nasi Dagang yang patut korang cuba bila datang Terengganu, tak kisah pun kat kedai mana tapi memang superb beb. Aku try makan kat Ndat ni. servis pun ok sebab boleh muat team kami yang ramai ni. Macam-macam menu ada, Nasi Dagang, Nasi Minyak,Nasi Lemak, Keropok lekor dan paling best Teh Ais dia.. fuhh.


 

Warong Pok Nong, Menggabang Telipot Kuala Tereggangu.

Nak rasa ikan celup tepung boleh datang kedai ni, betul-betul dekat tepi pantai, memang sepoi-sepoi angin. Orang cakap makan ICT kat sini the best ikan celup tepung terengganu.Famous kat sini sotong , udang, ikan semua di goreng rangup mengamit selera pengunjung macam kami ni.


Pasar Kedai Payang, 

Kedai dalam bangunan baru, menggantikan  tempat yang lama tu, terletak di tepi Sungai Terengganu. Ingat kaum perempuan je boleh shopping? kami ni yang masuk ni pun dah berejam dalam tu siap esoknya repeat lagi. Apa yang boleh beli dekat sini macam barangan kfar tempatan, batik, souvenir dan paling famous patung penyu tu.

Pantai Penarik, Permaisuri Terengganu.

Aku rasa lah kan, jarang ada orang pergi terengganu pergi penarik ni, maybe sebab jauh dari KT, mostly yang balik dari Perhentian or Kelantan dorang singgah sini try ICT, sebab dekat sini famous banyak kedai ikan celup tepung di persisir pantai, dan view pokok kelapa tu pun ohsem.

  

Warisan Keropok Lekor Losong

Kalau sebut je Terengganu, yang popular mesti keropok lekor. Sebenarnya Losong ini adalah perkampungan yang terkenal dengan produk keropok lekornya, banyak pilihan korang boleh pilih mana kedai yang dikira sedap, bagi aku kedai yang aku singgah ni not bad la.. keropok lekor dia memang sedap dan paling sedap korang boleh try makan panas-panas lepas goreng.


Restoran Mat Binjai Kuala Terengganu.

Untuk lunch pula kami pilih kedai ni. Bila dapat makan masakan ala kampung memang nikmat. Restoran Mat Binjai boleh dikategorikan sebagai antara tempat makan best dan sedap di Kuala Terengganu dan pernah mendapat liputan dalam rancangan “Teganu Kite” di TV1. korang kalau bercuti ke Kuala Terengganu jangan lupa singgah kedai ni.


 Gambar-gambar semasa trip. Sebenarnya aku kurang ambil gambar coz banyak record untuk vlog trip ni. Korang kalau nak tengok boleh pergi channel youtube aku okay..

 
Nikmat & memori selain bersama keluarga adalah dengan kawan-kawan, memori bersama kawan-kawan tak boleh diulang. Sekian..

Popular Posts