Khoa Yai National Park Thailand

Friday 9 February 2018
Baru-baru ni aku ada join marathon di Bangkok yang dikenali sebagai Amazing Thailand Bangkok Marathon 2018 anjuran Tourism Thailand dan Ironman Asia.
Semua tahu aku memang suka berlari.. hahaha lari dari rumah je belum, cerita pasal lari dekat bangkok tu nanti-nanti la alu cerita ya. Sekarang ni aku nak cerita macam mama nak pergi ke tempat yang sangat cantik bagi peminat yang sukakan intagrammable.. eh betul ke.. hahaha.

Cara ke Khoa Yai National Park/Primo Piazza/Palio/PB Valley 



1.Kalau dari Bangkok, ambil BTS dan turun di Mo Chit Station, turun melalui exit yang ada nampak kereta & van parking tu, dan jalan terus sampai jumpa stesen bus, lepas tu cari Bus No 134,136,49 sahaja tau kerana bus ini akan terus pergi ke Sourthern Bus Terminal Mo Chit dalam 5 minit perjalanan. Kalau naik bus nombor lain-lain bus tu akan round satu mo chit dan jalan-jalan sekitar dan akan mengambil masa lama.



2. Sampai je stesen bus tu, sila naik ke tingkat 3, dan cari kaunter tiket bernambor 49/86 dan sila minta/beli tiket ke Pak Chong sahaja dan jangan beli tiket ke Nackhon Ratchasima.Tiket berharga 104THB sahaja, ini bukan bas ekpress yang terus ke Pak Chong yee.. bus ini akan stop di daerah-daerah lain sehala laluan ke Pak Chong & Nackhon Ratchasima. Perjalanan mengambil masa dalam 4.5 Jam.. so sangat-sangat lama okay. Korang boleh la prepare makanan sampingan kot2 lapar ke hehehe.

3. Sampai di pekan Pak Chong, jangan panik dan gelabah okay.. bus akan turunkan korang di stesen bus berhampiran KasirkoBank yang bangunan warna hijau putih dan sebelah dia adalag 7Eleven.Turun sahaja bus silaaa belok kiri dan jalan terus dalam 500 meter lepastu sila cari monumen rusa yang dibuat dengan batu sekor tu, tempoh hari aku cari tak jumpa, tanya local pon tak tahu apatah lagi dah tunjuk gambar rusa 2 ekor yang ada tanduk belon-belon tu, rupanya gambar tu lama punya dan monumen tu pun dah tukar baru .. sebenarnya gambar tu aku dapat dari internet konon-konon untuk jadi landmark la.. wuaarghhh.. nangis sorang-sorang.. hehehe

4. Dah jumpa monumen, sila lah cari teksi untuk ke Khoa Yai National Park/Primo Piazza/Palio/PB Valley atau lain-lain tempat ya..ok.. macam mana nak cari teksi? Teksi kat sana bukan macam teksi sini tau, dia pakai truck pickup boleh buat dalam 4-7 orang. aku ada baca blog lain-lain yang kata bleh sewa motor tetapi tak jumpe pulak kedai sewa motor tu. Kalau masih tak jumpe juga teksi pergi la tanya local Where Taxi Station nanti dorang akan tunjuk kan la teksi awesome tu.. hehehe.

Primo Piazza Entrance Fees 200THB


Ok.. semasa kat sana aku travel sorang sahaja tau.. maklum lah tak de kawan.. hehehe so kena spend money lebih sikit. aku dapat taxi untuk ke Khoa Yai National Park/Primo Piazza/PB Valley 1200THB return (maksudnya aku minta dia dropkan aku kat situ juga monumen rusa tu selepas tour) sahaja kerana masa tidak mengizinkan untuk lepak lama-lama... wuargghhh.. nangis lagi, jadi kalau korang tak kesah macam aku boleh la terima offer tu dari dirver taxi tu maybe kalau korang ramai takde masalah pon.

 Primo Piazza




5.Dah settle semua berjimba bergambar sakan kan so balik la ke pangkal lengan.. eh jalan, kalau korang nak stay 2-3 hari kat situ pon ok je.. banyak hotel.. try la google ye..OK.. OK..sekarang aku nak cerita macam mana nak balik pulak.. sila tanya driver taxi tu sila stopkan dekat BIG BUS or MINI VAN STATION nanti dia turunkan lah kat lot-lot kedai tu dan korang akan nampak amoi thai duduk kat meja tu lah kaunter beli tiket..bus akan bergerak sejam sekali manakala van akan bergerak dalam 30 minit sekali jika van cepat full dia akan jalan, perjalanan menaiki van mengambil masa 3 jam berbanding bus ye.. cepat sikit.. boleh bikin sport jantung ini.. hahaha.




selamat sampai bangkok boleh la meneruskan kehidupan korang di kota Bangkok Metropolis ya..

Maeklong Railway Market




                                                                                    Hello Guyss.
Dalam mood rajin ni dan kerja pun kurang dekat opis ni baik aku cerita sikit pengalaman macam mana nak pergi ke Maeklong Railways Market.. ala yang train lalu dekat rel keretaapi tu, still tak tahu sila tanya makcik goggle yaa..

Maeklong Railway Market di merupakan sebuah pasar tradisional yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti sayur-sayuran, buah-buahan tempatan oleh penduduk disitu,


step untuk ke sini:

1. Kalau dari stesen BTS Mo Chit sila jalan kakai atau naik grab ke Southern Bus Terminal.

2. Sampai di Stesen bas tu jaan sikit cari sampai jumpe kaunter jualan tiket minivan.. dan sila cari kaunter bernombor 101, sebab kaunter sini je yang murah hanya 90THB sehala saja nak ke pasar tu dan trip minivan tu juga ada servis ke Damnoen Saduak Market..perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit.

3. Van akan stop di sebuat stesen dan driver akan dropkan korang kat situ, jadi kena la jalan kaki sikit untuk pergi ke pasar tu.. rasanya tak sampai 5 minit pun jalan kaki. perlu diingat train bukan datang tiap-tiap minit ye. .. bagi tahun 2018 ni train akan sampai kat stesen tu pada jam 11 dan jam 2.30 PM


so, bagi yang datang awal tu boleh lah jalan-jalan dulu dekat pasar tu, standard pasar pagi kat Malaysia lah.. jual sayur, buah, dan cik pig pun hadoo..


"datang awal pulak kat sana.. train dah lepas, so aku jalan-jalan usha apa yang boleh dimakan.. air kelapa & pulut magga ni tak sampai 100Bhat pun.. sangat-sangat murah..dan sedap.. berbanding beli kat Pratunam Night Market tu"


sangat-sangat crowded dekat train tu masa sampai..

Jadi itulah perkongsian aku untuk Trip ke Bangkok Febuary 2018 tempoh hari..

Popular Posts