Orang Bujang Ke Hatyai & Krabi

Monday 30 December 2013
Hello Guyss.

Hari nie aku nak cerita sikit pasal aku punya trip ke Hatyai & Krabi menaiki train. Idea ni datang lepas kami balik dari Bandung entah macam mane boleh terpikir nak pergi bercuti dekat pantai pulak.
Train Senandung Langkawi

DAY 1.
Gerak dari KTM Subang ke KL Sentral sebab Expres Senandung Langkawi akan gerak ke hatyai pada jam 10PM. Untuk makluman, perjalanan tersangatlah lama ye 14 jam dalam train. Dalam train kami ambil upper bed sebab lower bed semua dah habis sold out. Harga tiket sehala dari KL Sentral - Hatyai adalah RM54. 
Upper Bed

Kantin Dalam Train
DAY 2.
Tiba di stesen Padang Besar dalam jam 9AM selesai urusan imigresen kedua-dua negara kena tunggu train dari Hatyai pula tiba, maksudnya kena naik train lain ke hatyai ye. Perjalanan dari Stesen Padang Besar ke Hatyai dalam 1 jam macam tu.Kami tiba di Hatyai dalam jam 11:30PM. Semasa dalam train ke hatyai tu banyak agent tour guide offer korang pakej ke Aonang(Krabi) dan pakej2 sekitar Hatyai.. kena ingat tolong tolak tawaran tersebut secara baik yee kalau tak mau bergaduh nanti sebab cara dorang jual pakej tu macam peniaga dekat petaling street tu.

Aku tido kejap..hahaha

Tiba di Hatyai Railway Station aku terus keluarkan map yang aku dah print siap-siap sebab sepanjang trip ni aku tak guna tour guide, aku handle sendiri dari A-Z. Di Hatyai aku stay di Asian Hotel Hatyai, hotel dekat dengan stesen keratapi Hatyai tu dalam 500 meter dan hotel ini juga berhampiran dengan Lee Plaza heart tourist site la bagi pelancong bagi waktu malam. 

Depan Hatyai Junttion Station

Asian Hotel
Urusan check in di hotel tersebut berjalan lancar,hotel ni akan minta passport kita dengan deposit sebanyak 100BHT bagi setiap bilik, aku tak bagi pun passport tu sebab keselamatan kot jadi aku suruh dia photostat je.

Selesai relaks mandi sebab semalaman tak mandi, aku terus gerak cari kedai makan muslim dekat restoran halal disitu dan mencari tiket  ke Aonang Krabi pada keesokkan hari. Sebenarnya tak susah nak beli tiket ke Krabi, korang just cari korang cari dekat area Lee Gardens Plaza tu kedai macam tour agent. Aku dapat harga seorang 350BHT pax.



Selesai beli tiket semua, kami gerak ke Lee Gardens Plaza jalan2 dekat dalam mall tu, harus diingat ye kena scan badan woo nak masuk ye la kan untuk keselamatan jugak. Lepas beli selai dua baju dengan selipar handmade terus gerak keluar.. sambil usha2 tuk2 untuk ke Hatyai Floating Market dapat la kita orang satu tuk-tuk 500BHT.
Dalam Tuk-tuk..on the way ke Hatyai Floating Market

Peniaga Muslim.. macam-macam makanan ada dijual.

Air dalam botol ni.. RM2. convert thai bath ye..

Setibanya di pasar Hatyai Floating Market tu kami just jalan-jalan dan cari makanan yang sedap-sedap dan unik. Kalau korang pergi Hatyai jangan lupa untuk pergi tempat wajib ni tau.
Driver tuk-tuk tu, kami suruh dia tunggu..

Lepas selesai round2 pasar tu kami terus naik tuk2 tadi untuk balik ke town Hatyai, lepak menikmati suasana malam di depan Lee Garden Plaza tu sambil menikmati teh tarik yang popular dekat situ dan selesai terus balik hotel tido.

Entrance Asian Hotel
DAY 3.
Bangun awal pagi, siap-siap sarapan dekat hotel sebab breakfast disediakan dan lagi satu van ke Krabi akan pickup kami pada pagi ini jam 7.30AM tepat2 van tu datang driver dah siap tunggu.

Perjalanan ke Aonang Krabi dalam 4.5Jam dalam van tu,van akan singgah beberapa tempat untuk ambil penumpang lain yang sama destinasi dengan kami..driver akan stop pada waktu makan tengah hari macam RnR untuk santai & makan bagi sape yang nak makan. Dalam nak sampai dekat Aonang tu driver akan stop dekat dua tiga tempat tour agent, untuk promote pakej-pakej ke pulau2, kalau tak nak beli pun tak pe stay dalam van je. Driver akan dropkan kita dekat dengan hotel yang kita stay, dekat Aonang aku stay dekat P.K Mansion Hotel, hotel ni naik macam bukit sikit dari main road tu..dan paling best dekat dengan pantai.

PK Mansion Hotel.. dekat sangat dengan main road dan night bazar

Banyak foreigner dekat Krabi ni.. mungkin sebab nak celebrate Krismas

Sunset dekat Aonang Beach

Night life, banyak souvenir dijual.. boleh tawar-tawar
Selesai urusan check in semua, dekat dengan kaunter check in hotel tu ada macam booth jual pakej ke pulau2 jadi aku pun usha2, harga yang ditawarkan pun berpatutan jadi aku decide untuk ambil pakej untuk dua hari, sehari ke pulau dan sehari ke mainland tour dalam 200BHT.. so harga ni merangkumi pakej island hoping ke Phi Phi Island, Maya Bay, Crystal Island, Elephant ride, harga ni termasuk untuk tiket balik ke airport pada hari last.. oh ye lupa nak inform yang kami balik naik Airasia beli tiket time promo RM80 sehala dari HDY.

Dalam lewat petang sikit kami pergi cari kedai makan halal dekat Aonang ni.. banyak je kedai makan tapi kena tengok jugak status halal dia.. kami dapat kedai dekat area masjid, kedai di betul-betul sebelah masjid dekat Aonang tu, tapi korang kena la berjalan sikit ye.. kalau malas jalan boleh je naik tuk2.

Malam pula kami jalan-jalan sekitar Aonang tu, meriah la juga sebab banyak kedai2 jual souvenir dan baju2, aku just nak cari bag kalis air tu je sebab esok nak pegi island hoping.

DAY 4.
Bangun awal pagi, tunggu je dekat loby nanti agent island hoping tu akan pickup dan bawa ke tepi pantai untuk naik bot.
Naik boat ni.. laju

mamat bot..

Ni dekat Maya Bay..lawa

Dekat sini tempat pengambaran filem beach.

Bot tunggu untuk ke Phi Phi Island

Berhenti makan dekat Phi Phi Island, makanan halal.. include dalam pakej.

Abang pilih yang mana?

Tempat paling happening... Phi Phi Island
DAY 5.
Hari ini kami akan pergi Emerald Pool, Krabi Hot Spring, Elephant ride & Tiger Cave.

Driver kami untuk hari ini

Hot Stream.. kena jalan kaki sikit nak sampai air panas tu

Meriah.. ramai orang

Emerald pool ni pun kena jalan kedalam sikit.
Lunch.. termasuk dalam pakej.

Berapa anak tangga pun aku tak ingat.. sangat penat
View dari Tiger Cave
Muka kepenatan..
Dekat atas Tiger Cave
Ngeri siot naik gajah ni
Posing sikit..

DAY 6.
Bangun awal pagi sebab flight balik KUL jam 10 pagi.. so jam 6 dah bangun standby untuk pergi ke airport.

Jadi sekiankah cerita orang bujang ke Hatyai & Krabi. Bagi aku trip kali ini sangat best sebab kami ada menggunakan semua jenis pengangkutan dan menikmati percutian ini secukupnya.


Sekian..







Popular Posts