Songkran Di Phuket

Wednesday 17 April 2019
Hello Guyss.
Masuk je bulan April ramai yang berpusu-pusu masuk ke Thailand eh, kenapa?
Rupanya semua nak main air sempena Festival Songkran. Hampir dari segenap pelusuk dunia datang ke Thailand untuk meraikan Festival Songkran.

My travel budies

Bersempena dengan itu, aku and travel budies dah planning awal-awal untuk ke Thailand untuk tengok sendiri bagaimana perayaan songkran ini diadakan.

Dan pilihan adalah ke Phuket sebab aku belum pernah lagi ke sana. Sebelum  nak ke Phuket, Thailand tu, korang make sure kena banyak membaca la, walaupun nampak mudah kalau tiada sedikit ilmu problem jugak nanti kan. Oleh itu apa kata  jom dengar dulu cerita tentang apa yang best masa trip aku and the gang Phuket@Songkran pada 12-15 April 2019.

Bangla Road yang famous


Untuk trip ini aku menggunakan pengangkutan darat dan udara, pergi naik ETS ke Padang Besar, naik van ke Hatyai dan naik bas ke Phuket manakala balik menaiki flight dari Krabi Airport. Korang kalau mampu dan tak sanggup nak ikut planning aku ni better jangan ikut sebab akan rugi masa nanti. Planning ni aku buat sebab nak merasa backpackers style

Untuk membeli tiket ETS ke Padang besar korang kena beli seawal mungkin sebab tiket selalu sold out kalau perjalanan hujung minggu. Aku memilih train ETS Gold naik jam 11.30PM dan akan sampai jam 5.15AM keesokan harinya. ini first time masuk Thailand lalu border Padang Besar. Sampai je Stesen Padang Besar korang kena naik tangga dan lalu sebelah kantin. Untuk makluman, gate untuk ke imigresen Malaysia akan buka pada jam 6.00AM, so korang banyak masa lagi nak buat contoh solat ke breakfast ke.Setelah pintu dibuka sila berjalan menuju ke Imigresen Malaysia melalui laluan pejalan kaki berbumbung.. jalan terus sehingga jumpa tangga untuk turun. selepas turun dari tangga sila belok ke kiri dan korang dah Nampak kaunter imigresen,kalau Nampak orang beratur tu dah betul lah.
Kalau bakal mak mertua tengok, mau menangis
Selesai urusan imigresen Malaysia korang kena jalan kaki belok ke kanan sikit dan jalan street sehingga ke jumpa imigresen Thailand. Setibanya kat imigresen Thai tu make sure korang dah siap-siap isi white card tu.. tolong lengkapkan ye sebab nanti pegawai imigresen tu banyak tanya. Bagi yang masuk Thai jalan kaki nak ambil van ke Hatyai sila masuk dalam bangunan untuk proses imigresen thai, manakala bagi yang ikut tour seperti bas sila beratur di luar, ada gate khas untuk korang.. tetapi jika korang dah beli siap-siap tiket van ke Hatyai melalui agen kat stesen Padang Besar tu boleh beratur kat luar bangunan tu.
Selesai urusan imigresen Thai, keluar je pintu tu dah ramai agen offer korang transport untuk ke pekan Hatyai atau hotel korang, aku jumpe sorang mamat ni dia offer untuk pickup kami seramai 8 orang ke Hatyai Bus Terminal hanya 1000 Bhat sahaja, maybe murah la..so tanpa banyak cakap aku terima offer tersebut dan sekali nah kau naik van pickup hahaha.. hanya 4 orang je bleh duduk dalam yang lain kena duduk belakang dengan kenderaan tidak berbumbung..korang jangan ikut cara aku ini ye.
  Sampai je Hatyai Bus Terminal aku terus ke kaunter bas untuk tebus tiket. Oh ye, untuk makluman. tiket bas ke Phuket aku beli melalui online, dalam 326Bhat seorang, naik bas ekpress perjalanan lebih kurang 10 jam.. ko mampu. tapi kalau korang tak prepare tiket bas atau van lagi boleh je beli dekat stesen tu sebab semua tiket perjalanan ke selatan dan utara Thai ada di jual dekat situ.
Memandangkan tiket bas ke Phuket jam 9:30AM dan kami sampai awal dalam jam 7:30AM. aku bawa dorang semua breakfast dulu, dekat area stesen bas tu sebenarnya takde masalah pun nak cari kedai halal sebab banyak pilihan.
Dalam bas nak ke Phuket
 Tepat jam 9:30AM bas ekpress ke Phuket terus bergerak, dapat lah jugak sikit pengalaman naik bas ke Phuket, untuk makluman, semasa perjalanan bas akan stop dekat beberapa perhentian seperti Trang, Krabi, Phanga dan seterusnya Phuket Bas Terminal. lebih kurang jam 6:20PM kami telah sampai dekat Phuket Bas Terminal. dekat terminal ni takde la besar macam TBS tu tetapi surau ada disediakan so boleh lah siap-solat. selesai semua urusan aku decide untuk ke Patong Beach dimana dekat situ aku akan stay selama tiga hari. aku ambil teksi sahaja sebab tak nampak pulak tuk-tuk. untuk naik teksi kena beli dekat kaunter, seorang 150Baht. 
 Sebelum ini banyak hotel yang aku dah booking terpaksa aku cancel sebab masa baca review  dekat tripadvisor tu macam-macam benda negatif pulak... bagi korang yang suka happening sebenarnya boleh je stay dekat area Patong tu, dekat situ memang heaven sikit la banyak kelab malam dan sebagainya. memandangkan trip aku ni ada Songkran so terpaksa lah cari tempat penginapan yang jauh sikit dari patong beach, tapi sebenarnya taklah jauh sangat hanya 700 meter je nak ke pantai. aku memilih Dfeel Hostel sepanjang 4 hari dekat sana. Hostel ini berhampiran masjid dan disekitarnya banyak terdapat kedai halal., owner dia Mr.Opas tu memang ramah dan banyak membantu dari segi info penting kalau nak berjalan kaki di patong beach.bukan setakat tu je, dia punya staf pun ok banyak membantu.
Dfeel Hostel, Kathu
 selesai urusan check in, semua macam dah tak tentu arah, ye la seharian dalam bas dengan tak makan lagi, hanya breakfast pagi je.. so kami pun berjalan keluar cari kedai makan, dekat sekitar hostel banyak halal restoran tetapi semua penuh sebab Malaysian people dah ramai sampai untuk celebrate Songkran & Phuket Bike Week yang diadakan serentak dekat patong beach tu.
Semasa berjalan tu jumpa satu kedai tu takde crowd sangat, kami order makan dekat situ, harga pun berpatutan dan makananya pun sedap-sedap. selesai makan dalam group aku tu ada yang nak cari baju dan selipar untuk island trip esok pagi, kami just jalan-jalan sekitar Juncylon sahaja, malam tu songkran festival dah mula nak start dah dengan ramai orang dah sembur-sembur air dekat pejalan kaki dan kami pun tak terlepas dari terkena semburan tu hahaha.hajat malam tu sebenarnya nak usha juga Hard Rock Shop Phuket, tapi dengan crowd manusia sepanjang jalan nak ke Hard Rock tu sampai la semua sesat entah kemana, aku dengan tajudin, alip tersesat hingga  ke Bangla Road yang famous tu, bayangkan dengan lautan manusia dekat situ kami berjaya meredahnya dengan perasaan yang sangat suka dan tak puas hati... hahaha.yela sebab tu spot untuk songkran, semua main simbah-simbah je.. habis baju basah, sebenarnya belum prepare pun nak basah-basah malam ni. akhirnya jumpe jugak hard rock shop tu.. lepas usha-usha baju apa yang patut nak beli kami terus balik hostel untuk rest untuk aktiviti esok.
Untuk hari kedua di Phuket, aktiviti hari ini adalah island hoping, pakej ni aku beli awal-awal mean book dengan owner hostel Mr.Opas, dia bagi 950Baht p/pax.. untuk cover 4 island. masa aku pergi tahun 2013 dulu macam meriah je kalau pergi island hoping but now, kurang sikit la sebab banyak pulau-pulau yang telah ditutup oleh kerajaan Thailand untuk melindungi alam semula jadi di pulau tersebut, setakat ini hanya Maya Bay sahaja yang ditutup dan ada beberapa lagi yang aku tak ingat nama pulau tu.
Long tail boat
 pakej yang aku ambil siap lunch dekat pulau Phi Phi Island, halal menu so kira ok lah kan. tour untuk ke pulau ni ambil masa dalam 8 jam juga, lebih kurang jam 5 baru sampai ground. antara aktiviti pulau yang boleh dibuat seperti snorkeling, swimming dan scuba kalau korang nak cuba tengok coral dekat andaman sea tu, bagi aku lebih lawa dan cantik lagi pulau-pulau dekat sabah tu.. 
Monkey Island, tapi tak nampak monkey
Maya bay yang telah ditutup sepenuhnya
Model Phi Phi Island

Air beli kedat pulau 200 bath
 Planning lepas balik je island hoping nak pergi Phomthep Cape nak tengok sunset, tapi tak kesampaian sebab sampai hostel jam 6 petang lebih kurang, so lepas rest kejap dan kami terus gerak pergi kedai makan untuk dinner, makan malam pula aku dapat kedai dekat area bangla road, nama kedai lupa la pulak, but semasa order tu semua tak perasan yang dalam senarai menu ada terlulis hidangan daging babi, dekat situ agak hairan juga sebab kedai halal, staf bertudung tetapi kenapa dekat menu tulis daging babi kan? so kalau was-was jangan masuk ye.
selesai makan malam, kami berpecah sebab hampir separuh dari kami nak pergi join songkran lagi, so aku dan tajudin bawa haluan, aku berdua hanya jalan-jalan sekitar pantai Patong dan melihat gelagat manusia-manusia dekat situ dengan macam-macam ragam, masa dekat pantai Patong tu, ada signboard Phuket Bike Week yang bagitau artis Malaysia awie akan perform malam tu, so dan-dan pulak dengar macam ada konsert dekat area pantai tu, lari-lari anak la aku berdua sebab nak tengok konsert tu. yup memang awie yang perform, ramai jugak malaysian dekat situ ye..lebih kurang jam 11 malam konsert tamat dan kami just jalan-jalan je dekat booth bike week tu. first time sebab sebelum ni memang pernah dengar bike week tu tapi tak pernah pergi..hahahaha.



Awie tengah performance.. sory gambar jauh..


Kenderaan rustic kot


Lepas Tajudin beli sehelai dua baju bike week, kita orang balik hostel untuk rest. sampai je hostel tengok yang lain-lain tak balik lagi dari pesta songkran tu.so tamat la story hari kedua.


Phuket Bike Week participant..hahaha
Untuk hari ketiga, planning hari ini adalah untuk cover Phuket Town & Phormtep Cave. awal-awal pagi aku dah info dekat owner hostel yang hari ini aku akan sewa motor, dapat sewa sehari 200 bath selama 24 jam tak termasuk gasolin. Owner motorbike adalah orang mat saleh, dia buka bisnes dekat patong beach tu sewakan motorbike untuk tourist, bagus kan bisnes macam tu. Mr Shay nama dia. sebelum korang setuju untuk sewa motor dekat patong beach tu, make sure korang check betul-betul motor tu ada calar ke tak,patah-patah ke,better ambil gambar untuk protect jika semasa return ada benda-benda yang tak sepatutnya kita bayar nanti.
Ketua rombongan.. jangan ditanya kenapa pakai helmet pink.
 On the way ke Phormtep Cave, semua lapar, so aku plan untuk breaksfast kalau jumpe kedai makan tepi jalan akan stop, jalan punya jalan terlajak sampai dekat Banzaan Market. pasar ni jual barang-barang basah je seperti sayur, ikan dan daging. kami just naik tengok apa yang ada dan turun semula sebab dekat situ tak nampak restoran halal, maybe belum buka lagi sebab awal pagi.so kami drive dan jumpe satu kedai makan tepi jalan, kedai tu  tak banyak choice sebab dia masak untuk buat order je. so kami just light breaksfast je.

nak pergi Phormtep Cave ni perjalanan dalam 17KM dari Patong Beach, sepanjang laluan dia ada melalui beberapa pantai, yang aku ingat Karon Beach je sebab ada stop dekat pantai tu beli dorang ada beli baju thsirt, memang murah beli baju thsirt dekat situ maybe bukan kawasan tumpuan kot. kalau dekat patong beach sehelai baju thsirt tu berharga 350 baht minta kurang pun tak bagi, so dekat Karon Beach ni sehelai jatuh 250 bath.. murah.
View point
 Sebelum sampai, korang boleh stop dekat view point untuk melihat keseluruhan pantai persisir pantai dekat Phuket. Kalau dekat Phormtep Cave ni  pergi petang-petang view dia sangat lawa la, ni pergi tengahari matahari atas kepala memang undang marah..  so boleh la juga dari takde gambar diambil dekat sini kan untuk kenang-kenangan kan. 
Phormtep Cape
Planning asal memang nak pergi OOTD dekat Phuket Old Town,kilang gajus tetapi dalam perjalanan tu motor yang Halim dengan Kimi tu tiub bocor so take time sikit nak cari kedai untuk repair, so lepas settle repair terus pusing town je dan decide untuk balik semula ke Patong sebab dorang ada nak cari lagi baju dekat Hard Rock tu. selepas semua dah puas hati dengan pilihan baju masing-masing gerak pula ke booth Phuket Bike Week tu, beli lagi selai dua dekat situ. Untuk makan malam hari ini aku plan nak makan seafood, so sebelum tu aku ada search kedai-kedai port best dan menarik dekat phuket ni, antaranya Bangmud Restaurant, tetapi tengok map macam jauh je nak ke tempat tu so aku decide makan dekat Dpantai Restaurant.
Makan malam terakhir dekat Phuket
 Tepat jam 6.00PM kita orang dah gerak ke Kalim Beach, restoran ni view memang berhadapan dengan pantai, so tak bosan la kalau nak TT ke apa. untuk harga pula tak la terlalu mahal dan murah,selesai semua kami berpecah sebab ada yang nak pergi massage dan habiskan duit shopping beli souvenir, oh ye, untuk makluman, hari ini Songkran dah habis so jalan sekitar patong beach tu dah ok la sikit tak macam semalam crowd dengan lautan manusia.
Siang tak selalunya cerah, so hari ini adalah hari terakhir dekat Phuket, awal pagi aku dah bangun dengan Tajudin, naik motor ronda-ronda buat kali terakhir dan beli breakfast sikit untuk alas perut dalam van on the way ke Krabi nanti. Sampai je hostel, Mr.Shay owner motorbike dah tunggu untuk check motor dan alhamdulillah semua ok so deposit dapat di dipulangkan. Tepat jam 8.30AM van yang aku tempah awal dari Andaman Transfer dah sampai untuk pickup kami ke Krabi Airport, perjalanan ambil masa 3 jam juga nak Krabi tu, jam 12.00PM sampai la sudah, Boarding jam 2.25PM so ada masa sikit just jalan-jalan je dekat airport tu. jadi inilah serba sedikit cerita di Songkran Festival 2019@Phuket.
AK 869 From KBV to KUL.. TQ
Sebelum menamatkan zaman bujang aku rasa travel bersama-sama kawan ni dapat merapatkan hubungan persahabatan yang rengang, mungkin selepas ini jika dah berkahwin,korang akan lebih banyak masa dengan pasangan masing-masing dan mungkin korang tidak lagi selalu dapat melakukan aktiviti bersama kawan-kawan. Tetapi aku taklah mengatakan hubungan persahabatan tu akan menjadi rengang, mungkin tak sebebas dulu.

Next time travel lagi k..
Terima Kasih kerana sudi membaca.
Kalau anda mencari pakej atau tour guide ke Korea sila PM..Jangan lupe click iklan ok..

Bagi yang mencari pakej-pakej percutian jimat boleh like facebook
Seperti link di bawah ye☺️




 

 

Popular Posts