Tempat Solat Di Seoul Korea

Friday 9 November 2018
Hello Guyss.
Sejak kebelakangan ini, memang ramai sangat orang Malaysia yang datang melancong ke Korea.Kalau pergi ke Itaewon ke, Nami Island ke, mesti akan jumpa punyalah dengan orang Malaysia.
Bagi pelancong muslim, tempat solat merupakan tempat yang sangat penting semasa travel ke mana-mana kan.Apabila berjalan di negara orang yang majoriti penduduknya bukan Muslim ini, salah satu masalah yang akan dihadapi adalah tempat untuk solat.
 Di Korea, ada beberapa tempat solat yang boleh digunakan untuk solat. Berikut beberapa info tempat solat yang ada di Korea.

Seoul Central Mosque 

Merupakan satu-satunya masjid di Seoul. Terletak berhampiran dengan Itaewon Station (line 6). Di sekitarnya juga anda boleh dapatkan pelbagai makanan halal.


Everland Seoul

Everland merupakan salah satu theme park yang terbesar di Korea Selatan. Sangat besar dan luas, perlu seharian disini untuk explore bermacam-macam jenis park dan ia terletak di Daerah Gyeongi-Do. Disini juga terdapat surau untuk anda solat yang selesa. Surau ini terletak bersebelahan Shooting Ghost Park.



Nami Island

Kalau datang bercuti ke Korea, tak lengkap rasanya kalau tak pergi ke Pulau Nami (Nami Island). Pulau Nami merupakan salah satu tarikan utama di Korea. Siapa masih ingat drama Korea yang berjudul Winter Sonata yang pernah ditayangkan di TV pada tahun 2000?Disini juga terdapat tempat solat yang selesa. Sangat mudah untuk di cari kerana ai terletak dalam satu bangunan Restoran Asian Cuisine.



Jadi ini saja lah yang dapat aku kongsi kan dekat korang, mungkin sedikit sebanyak boleh membantu korang jika ingin mencari tempat solat.

*Sesiapa yang ingin mencari Tour Guide di Seoul boleh hubungi untuk maklumat lebih lanjut.

Tourism Airport Departure Tax

Saturday 3 November 2018


Siapa yg nak keluar negara akan dikenakan cukai sebanayak RM20 (negara asean) dan RM40 (negara-negara lain) untuk menggalakkan rakyat melancong di dalam negara sahaja.


Kredit: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Pelancongan bukanlah satu keperluan hidup jadi tiada masalah untuk dikenakan cukai😌

Popular Posts