Resepi Ketam Masak Black Pepper & Sos Tiram Simple dan Mudah

Thursday, 15 July 2021


Hello Guyss

 Hari ini nak share satu resepi ketam masak black pepper & sos tiram yang sangat mudah nak buat.

Rasa sangat sedap, bukan nak puji diri sendiri tapi hakikatnya memang mabelesss.

Dekat bawah aku share resepi ringkas ketam yang aku masak ini.



Ketam Masak Black Pepper & Sos Tiram (hidangan untuk 2-3 orang saja)

Bahan-bahan:

4 Ekor Ketam Nipah atau apa-apa ketam yang ada dipasaran.

6 Sudu teh lada hitam kisar kasar atau boleh ditumbuk.

1/3 Butter.

1/2 Ulas bawang holland di potong dadu. 

2 Tangkai daun kari.

500ml air.

5 Sudu teh sos tiram.

4 Sudu kicap pedas.

2 Sudu sos soya.

2 Sudu tepung jagung dicairkan. 

 

Untuk cara memasak sila lihat video diatas. sangat mudah.

selamat mencuba semua..

 

Saya Telah Menerima Vaksin COVID-19

Saturday, 22 May 2021

 Alhamdulillah, completed 2nd dose untuk mengambil Vaksin COVID-19.

1st Dose 13 April 2021

2nd Dose 04 Mei 2021


Bagi yang telah mendaftar dan belum mendapat temujanji. Harap bersabar, sementara itu, sila patuhi SOP memakai pelitup separuh muka berganda, menjaga jarak dan sentiasa sanitasi tangan.

Terima Kasih KKM!



Sambut Tahun Baru 2021 Di Kuala Terengganu

Wednesday, 13 January 2021
Hello Guys!
 Selamat Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan 2.0. kepada semua rakyat Malaysia. Ingat! Sila duduk rumah jika tiada urusan penting ya. Untuk menghilangkan boring sempena cuti sambutan tahun baru 2021 ni aku plan untuk jalan-jalan di Kuala Terengganu. Memang kalau ikut cuaca hujung tahun ni, area pantai timur musim hujan jadi pergerakan untuk ke tempat-tempat instagramable ni terhad sikit la.
Jika korang plan bercuti ke Kuala Terengganu terutama dalam bandar boleh lah pergi ke tempat tumpuan pelancong yang top selalu dikunjungi orang seperti dalam gambar dibawah.
Muzium Terengganu
Masjid Lapan Kubah
Terapuri Heritage Resort
Terengganu ni banyak tempat makan yang sedap-sedap, memandangkan sepanjang hari dekat sana, kedai ni sahaja yang sempat aku singgah.

Sekian, story aku story to tell untuk sambut tahun baru 2021 di Kuala Terengganu.

Popular Posts