Hello Guyss.
Dalam mood rajin ni dan kerja pun kurang dekat opis ni baik aku cerita sikit pengalaman macam mana nak pergi ke Maeklong Railways Market.. ala yang train lalu dekat rel keretaapi tu, still tak tahu sila tanya makcik goggle yaa..
Maeklong Railway Market di merupakan sebuah pasar tradisional yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti sayur-sayuran, buah-buahan tempatan oleh penduduk disitu,
step untuk ke sini:
1. Kalau dari stesen BTS Mo Chit sila jalan kakai atau naik grab ke Southern Bus Terminal.
2. Sampai di Stesen bas tu jaan sikit cari sampai jumpe kaunter jualan tiket minivan.. dan sila cari kaunter bernombor 101, sebab kaunter sini je yang murah hanya 90THB sehala saja nak ke pasar tu dan trip minivan tu juga ada servis ke Damnoen Saduak Market..perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit.
3. Van akan stop di sebuat stesen dan driver akan dropkan korang kat situ, jadi kena la jalan kaki sikit untuk pergi ke pasar tu.. rasanya tak sampai 5 minit pun jalan kaki. perlu diingat train bukan datang tiap-tiap minit ye. .. bagi tahun 2018 ni train akan sampai kat stesen tu pada jam 11 dan jam 2.30 PM
so, bagi yang datang awal tu boleh lah jalan-jalan dulu dekat pasar tu, standard pasar pagi kat Malaysia lah.. jual sayur, buah, dan cik pig pun hadoo..
"datang awal pulak kat sana.. train dah lepas, so aku jalan-jalan usha apa yang boleh dimakan.. air kelapa & pulut magga ni tak sampai 100Bhat pun.. sangat-sangat murah..dan sedap.. berbanding beli kat Pratunam Night Market tu"
sangat-sangat crowded dekat train tu masa sampai..
Jadi itulah perkongsian aku untuk Trip ke Bangkok Febuary 2018 tempoh hari..