Runcation :: Larian Desa Indah & Mampan 2019 @ Sabak Bernam

Sunday 7 July 2019
Hello Guyss.
Sebut je Sabak Bernam mesti semua tertanya-tanya, apa yang menarik sangat kan! sampai nak masuk larian dekat sana. Sebenarnyakan, salah satu tarikan pelancongan yang banyak terdapat dekat Negeri Selangor ni adalah alam semula jadi. Daerah Sungai Besar merupakan satu destinasi pelancongan yang terkenal sebagai pusat pengeluaran padi yang tertinggi dan perkampungan nelayan.
Terletak di utara Negeri Selangor, dengan jarak102km dalam perjalanan dari Subang Jaya atau secara kasar mengambil masa 2 jam 10 minit perjalanan melalui jalan persekutuan korang dah boleh sampai.

Sebut je padi, semestinya ramai yang suka bergambar berlatarkan panorama kampung dan sawah bendang  Oleh sebab itu aku plan nak join Larian Desa Indah & Mampan 2019 yang diadakan pada 29 Jun 2019.Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu 13 kilometer (km) terbuka, 10km veteran dan 6km santai. Untuk runcation ini aku bersama rakan telah berlari menakluki daerah Sabak Bernam sejauh 13KM. Kalau ada runcation ke luar kawasan ni dah kira berjalan sekali lah kan.
 Hotel Grand Court Inn ni tempat stay aku selama 3D2N.. lokasi yang sangat strategik kerana berhampiran tempat permulaan acara larian dan hotel ni juga betul-betul di tengah pekan Sabak Bernam.
Anggaran peserta larian tidak ramai, mungkin sebab acara ini diadakan diluar bandar... agaknya kalau dekat KL ribu-ribu yang join.

 Flag off sepatutnya jam 6.30am, nah amik kau.. jam 7.45am baru kami dilepaskan... selalu aku kalau nak running tak pernah lagi start lewat macam ni.. ni event ikut je la cara orang kan..
mula berlari dari stadium sungai besar.. masuk kampung dan seterusnya ke bendang... memang owesome la orang kata.. tapi sayang time lari ni tak bawa pula handphone..
Kalau lari tak pernah nak senyum..
Entah macam mana boleh dapat 7th Men Open.. hahaha.. first time podium.. maybe tak ramai pelari elit yang join kot.
Gambar kenang-kenangan.

Sebelah petang pula, aktiviti wajib ni kalau datang tempat orang tak makan benda pelik-pelik memang tak sah.. pelik tu maksudnya makanan yang susah nak cari dekat tempat kita lah.

Jika korang tergolong sebagai penggemar makanan eksotik, terdapat satu restoran di Sabak Bernam yang menyediakan hidangan ini iaitu Orang Orang Art Cafe yang terletak di Parit 3 Timur, Sungai Besar.


 Untuk menikmati rasa dan tekstur belangkas yang asli, pilihlah Belangkas Bakar.
Dibakar dengan secukup rasa. Lebih enak bila dinikmati dengan air asam. Dan paling rugi kalau datang sini tidak mencuba Sup Belut memang tak sah...
Shell out seafood, memang sedap sebab ada mentarang sekali dalam tu.
Untuk makluman juga, restoran ni pernah dikunjungi kru Jalan Jalan Cari Makan..memang superb.
 Mengambil masa kira-kira 30 minit dari Pekan Sabak Bernam, korang boleh jumpa Pantai Bagan Nakhoda Omar.Dekat sini korang boleh bawa family lepak-lepak tengok sunset or Makan Mee Udang yang popular.. tapi aku tak makan pun sebab dah kenyang. 

Dalam perjalan balik tu, saja je kami lalu untuk ke Pekan Sungai Air Tawar, pekan ni kecil je.. dan dengan secara tiba-tiba ternampak orang jual durian dekat tepi jalan.. selonggok RM30 dan yang paling best kalau beli dua longgok RM50.. semoga murah rezeki pakcik dan makcik yang jual tu.
Untuk hari kedua pulak.. plan nak mancing ikan dekat bendang..
kebetulan ada member lama kerja satu pejabat dulu , senang sikit la plan ni..sebenarnya Ikan 'sawah' ni jadi buruan pemancing santai..pemancing macam aku la..hahaha.
 Orang cakap, kalau nak memancing mesti ada ilmu dan berguru. Sebelum keluar memancing, lengkapkan ilmu di dada, aku ni bukanlah peminat tegar memancing ikan.. just suka-suka je, tu yang dapat anak ikan.. macam gambar kat bawah ni.hehe. jadilah dari tak dapat apa.
 Korang tahu tak, kalau nak memancing ikan puyu dekat bendang ni mulai dari umpan universal atau cacing.
Memancing ikan di sawah merupakan satu aktiviti yang menghasilkan ikan serta menyeronokan di kalangan kaki pancing dan masyarakat kampung.. seperti dalam gambar ini. Ihsan gambar: Google

Selesai mengelapkan kulit seharian.. kini tiba masanya untuk balik . On the way balik tu, kami singgah dekat Pasar Ikan Sungai Haji Dorani.. korang kalau nak beli ikan murah-murah boleh beli dekat pasar ini..
Sepinggan banyak ni RM8 je.
Ketam sepinggan RM10 & Udang RM 5.


 Sekian.... laporan Runcation Larian Desa Indah & Mampan 2019.

Bagi yang mencari pakej-pakej percutian jimat boleh like facebook 
Seperti link di bawah ye☺️




Popular Posts