Tips Pantas Sebelum Penerbangan

Saturday, 8 September 2018
Sekadar mengarapkan ingatan sahaja tidak mencukupi.
Berikut adalah senarai semak pintas untuk penerbangan yang lancar:


Ketika membeli tiket penerbangan:
  • Semak butiran cetakan atau terma syarat.
  • Ketahui pecahan butiran kos asas untuk harga penerbangan, caj perkhidmatan penumpang, dan bayaran tambahan seperti bayaran untuk bagasi.
  • Semak kesemua dokumen. Pastikan passport, visa dan toket anda adalah sah.
  • Semak jika insurans perjalanan anda merangkumi perlindungan yang mencukupi.
Semakan sebelum berlepas:
  • Tangkap gambar kesemua dokumen penerbangan anda.
  • Elakkan dari mendaftar masuk bagasi yang mempunyai barang-barang bernilai ke dalam pesawat
  • Tangkap gambar barang-barang anda dan letakkan butiran hubungan anda di dalam bagasi.
  • Pastikan kad kredit dan debit anda berfungsi untuk kegunaan luar negara.
  • Jika anda kekurangan upaya atau menaiki penerbangan bersama individu yang kurang upaya, maklumkan kepada syarikat penerbangan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum penerbangan.
Sedia untuk berlepas:

Jika penerbangan anda ditunda atau dibatalkan:

  • Penerbangan tertunda 2 jam - anda layak menerima hidangan makanan,khidmat panggilan telefon dan akses internet.
  • Penerbangan tertunda 5 jam - penginapan hotel (jika perlu)
  • Untuk penerbangan yang dibatalkan - anda layak menerima bayaran balik sepenuhnya atau penerbangan alternatif.
Jika bagasi anda hilang, rosak atau tertunda, simpan resit atau bukti nilai pembelian untuk pengesahan tuntutan.

Mesej ini adalah inisiatif oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, dan untuk maklumat lanjut , layari 
www.flysmart.my.

Sekian.

Tips Ke Korea Selatan Tanpa 'Tour Guide' Musim Summer

Friday, 7 September 2018

Myeong-Dong Street

Hii..korang.. disini aku akan bagi tips dan ceritakan serba sedikit trip kami ke Korea, memandangkan kami pergi tanpa tour guide jadi semua kena buat sendiri, kami ke Korea pada 29 Ogos 2018 hingga 02 September 2018 5D4N.

KE KLIA2
Pergi KLIA2 park kereta dekat Putajaya Sentral, rate parking tidak lah mahal sangat sepanjang kami park hanya kena bayar RM38 sahaja dengan menggunakan kad TnG ye.. perlu diingat bagi semua penerbangan pergi dan balik ke korea semua penumpang Airasia perlu check in di airport ye.. tak boleh buat web check in.. so kena datang awal tiga jam awal bagi urusan check in.

PENERBANGAN:          
Aku beli tiket penerbangan bulan Mei 2018,time tu ada promo tiket ke Seoul dengan harga seorang yang berpatutan menaiki Airasia X. Sebenarnya tak lah murah sangat sebab ada yang boleh dapat dalam RM500 kalau free seat AA buat sale tu. 6 jam 30 minit dalam penerbangan. Makan (pre book meal) ye dalam penerbangan pegi & balik.Makanan akan di served dua kali jadi korang boleh pilih samaada nak served yang pertama atau kedua.Flight malam dijangka sampai ICN airport jam 8.30pagi. Bagi yang mencari tiket ke korea korang boleh usha laman web seperti Skyscanner sebab dekat situ dia akan buat perbandingan tiket paling murah, kalau dari KUL ada penerbangan Mas, Koreanair, Airasia untuk penerbangan terus manakala untuk penerbangan transit  pula adalah Vietnam Airlines & Thai Airways so ikut budget masing-masing.

Untuk flight balik dari ICN jam 4.30 petang dan dijangka sampai KLIA2 jam 10malam. Untuk elakkan boring korang boleh download apa-apa movie di handphone sebab penerbangan sangat-sangat lama, dan jangan lupa bawa bantal travel tu kalau tak nak sakit leher.   
Hand Carry 7KG setiap orang ye..beg perlulah tidak terlalu besar & kecil, mesti boleh masuk baju pegi dan baju+barang2 souvenir masa balik nanti, Lebih dari 7KG akan dikenakan bayaran ye kat airport.. sekarang Airasia dah sangat ganas, bagus jugak dia buat macam tu sebab kalau korang semua bawa banyak beg masuk kabin nanti melambatkan la orang semua nak masuk pesawat dan jadi la delay flight..


TUKARAN WANG:   
Rate semasa bulan Ogos 2018 10,000KWON bersamaan RM36.Matawang Korea lebih tinggi dari kita ye 3X lebih tinggi, penggunaan note 50,000Kwon adalah yang paling besar disana.

PAKAIAN:
Sila bawa pakaian yang sesuai, time aku pergi, cuaca sepanjang disana nak masuk musim luruh..Suhu 28 darjah celcius untuk siang dan sejuk pada sebelah malam 22 darjah celcius jadi sekadar pakai tshirt biasa dah memadai. Sila pakai kasut yang sesuai..kasut sports adalah digalakkan kerana disana boleh turun 1kg sebab banyak turun naik tangga😁
Kat bawah ni adalah musim2 di Korea dan korang boleh prepare baju apa nak bawak ye.

November ke February - Musim sejuk
March ke May - Musim bunga
June ke August - Musim panas (sama macam dekat Malaysia)
Septembe ke November - Musim luruh

HOTEL/GUESHOUSE:
Sebenarnya Korea ada je hotel untuk kita stay tetapi memandangkan harga sebilik hotel untuk satu malam boleh buat makan seminggu kaww.. hehehe jadi aku decide untuk stay di Guest House, 
di area Myeong-Dong. Kita orang stay dekat Namsan Gueshouse, location dia bagi aku sangat ok sebab dekat dengan Namsan Tour Cable Car dan Myeongdong Street. kalau korang nak lebih lanjut tentang guesthouse ni boleh google ye.
Myeongdong ni heart of Seoul dimana syurga kosmetik lah kalau yg suka beli make-up2 dan pada tahun 2014 myeongdong seoul diiktiraf sebagai bandar ke 6 termahal didunia😭

Namsan Guest House 2

PENGANGKUTAN:   
Sepanjang disana aku menggunakan public transport sahaja, transport utama adalah subway dan ada juga guna bas. Nak guna transport kat sana perlu ada kad, sepanjang disana aku guna T-Money Card, kad tu aku dapat free dekat KTO Malaysia, kena jawab survey baru boleh dapat kad tu dengan beberapa kupon diskaun. Tetapi jangan risau korang boleh beli kad tu dekat 7E atau dekat convenience mart dekat airport tu dalam 4,000Kwon sekeping. 

BAYARAN TIKET TEMPAT LAWATAN:
Untuk trip kali ini, aku tidak pergi ke Averland sebab memang budget untuk jalan-jalan berhibur je kat Korea ni.. memang betul kita sepatutnya kena cuba taman tema dekat sana tetapi aku lebih suka rileks.. jadi terpulang kepada korang. Ada juga tiket dimana aku beli online siap-siap dengan Malaysia sebab aku rasa murah.. boleh usha laman web KLOOK untuk tiket-tiket murah ke korea.

MAKAN & MINUM: 
Sarapan pagi, guesthouse ada sediakan tetapi tidaklah mewah macam kat tanah air siap ada roti canai kan.. sekadar roti buku dan kaya sahaja. Sebagai solutions nak jimat aku ada bawa dari Malaysia seperti roti massimo buku,nestle cereal milo,pasta, biskut, manggi kawan aku bawak dan juga rendang daging segera.. kot2 lapar boleh la makan.
Umum maklum yang Korea bukan negara muslim dan hidangan halal sangat susah dicari dan hanya beberapa restoran sahaja yang halal & friendly muslim. Makanan halal dekat korea sebenarnya senang je nak cari kalau tahu tempat. 
Untuk makan kita orang spend sehari sekali je makan di luar maksudnya makan dekat restoran lah.

Antara kedai makan yang kita orang pegi adalah:    
  • Ikan Bakar Dongdaemun  
  • Yoogane Myeongdong Nasi Goreng 
  • Restoran Kampungku 
  • Arirang Nasi Lemak Seoul Myeongdong 
  • Restoran Eid Itaewon

Antara food street yang korang boleh makan seperti:   

  • Tebokki Rice
  • Egg Bun 
  •  Fish Cake
  • Banana Uyu
  • Sotong Bakar
  • Kebab dekat Myeongdong Street 

 PASSPORT & INSURAN: 
Pastikan passport korang semua tak expired ye.. 6 bulan sebelum tarikh tamat tempoh passport tersebut.
Insuran sangat penting, walaupun nampak murah tetapi tak beli incase la kalau jadi apa-apa dekat korang di negara orang macam mane.. so beli je la bukan mahal pun..aku pakai AXA Travel Insuran.. bagi aku okla win-win situation kata orang. Sila photostat passport & polisi insuran korang 2 keping.. 1 simpan dalam beg dan satu lagi letak la dekat rumah ke opis ke tempat senang orang tengok incase jadi apa-apa dekat korang disana.

TEMPAT SOLAT:
Nak  cari tempat solat dekat korea bukannya mudah sebenarnya, kena banyak membaca baru jumpa kot.. hahahaha.Antara tempat2 solat di Seoul adalah:
-Icheon Airport
-Itaewon
-Lotte World Jamsil, Tingkat 3
-Nami Island
  
MEROKOK:
Aku tak merokok ye.. hahaha, sebab aku ada bawa member2 yang merokok,  seringkali diingatkan tentang rule bagi sesuatu negara tersebut so sila kawal.  Jangan merokok  sesuka hati korang je,Kawan aku jadi cukup berdisiplin bila nak merokok. Tunggu ada port tulis 'Smoking Area' baru dia berani nak merokok seronok betul.. hahaha

 STAMINA:
Korea selatan merupkan negara yang berbukit-bukau, sememangnya memerlukan stamina dan tenaga yang mencukupi untuk berjalan-jalan disana,bagi yang kurang eksesais mungkin akan mengalami cepat penat sebab kena banyak kena naik turun tangga, oleh itu pastikan  korang mendapat rehat secukupnya  untuk berjalan seharian ye.seharian ye.
Eskelator dekat Seoul World Cup Stadium

TANDAS:
Bagi yang selalu buang air tu, kawal lah ye.. hahaha. Tandas dekat korea kebanyakkannya tiada air dan tandas duduk, bagi aku sangat susah nak buang air kecil atau besar sebab takde paip macam dekat negara kita,. Sebelum gerak berjalan tu buanglah apa yang patut dulu tapi kalau nak selesa  boleh je bawa tissue wet dan botol siap2. 

KOREA APPS & CUACA:
Bagi memudahkan trip kali ini lancar tanpa ada sesat-sesat aku ada download  apps seperti, KakaoMetro untuk subway, Naver Map untuk penggunaan bas, google maps juga sangat membantu, kalau sesat tanya je ahjussi dekat sana, orang Korea ni sangat peramah. Keadaan cuaca bagi satu-satu tempat sangat memainkan peranan sebab semua tentatif perjalanan dah susun, kang kalau cuaca tak ok dah tergendala trip, so aku semak dekat Apps Accuwheather dan sangat-sangat dicadangkan jika korang nak pergi ke negara yang bermusim ni perlu tahu info cuaca negara tersebut.
Antara Apps yang aku guna dekat sana
WIFI: 
Wifi free bersepah-sepah di Korea. Sesetengah stesen subway ada wifi free. Kebanyakan kedai ada wifi free. Convenience mart pun ada wifi free. Guesthouse jangan cakap. Dah lah wifi free, tahap LTE pulak tu. Jadi kalau tak nak sewa portable wifi pun tak apa.

PROSES IMIGRESEN DI KOREA:
Dalam flight korang akan dapat dua kad iaitu 'Arrival Card' & 'Custom Declaration' form, sila isi sebelum sampai kaunter imigeresen disana ye. Sila pastikan anda siap-siap print tiket balik dan voucher hotel sebab staff imigresen sana akan minta, dan akan ada beberapa soalan ditanya contoh seperti: kerja apa di malaysia, buat apa datang sini, berapa orang ikut.. dan ADAKAH DATANG KOREA NAK KERJA!!!..sorang partner travel aku kena soal dan dorang minta tiket balik dekat dia, memandangkan aku yang pegang semua tiket & vaucher hotel terpaksa lah aku masuk balik untuk membantu. Jangan terkejut selepas urusan passport selesai tengok-tengok dalam passport korang takde chop ye!!.. sebab Korea dah tak pakai stamps chop dah, dorang pakai resit tau. So simpan lah elok2 resit tu.

ADAPTER PLUG:
Korea menggunakan adapter plug 2 pin dan voltan sebanyak 220v, jadi boleh bawa siap-siap, beli dekat DIY pun murah, incase terlupa nak bawa boleh sahaja beli di Korea tetapi harganya boleh tahan jugak la 

Pesanan:
* Jangan sesekali percaya 100% kat orang asing walaupun muka dia nampak baik.
* Sila jaga bag2 anda semasa diairport & dalam flight atau dekat korea..sila jaga dengan berhati-hati harta anda ye..
* Kalau boleh bawa slig bag atau bag sandang yang boleh isi passport & wallet.


 Berikut adalah expenditure aku sepanjang trip kali ini untuk seorang: 
  •   Flight - RM933
  •  Luggage - RM234, 25-25KG Return
  • Tiket Klia transit - RM18.90
  • Parking Putrajaya Sentral - RM9.50/RM38
  • Meal- RM30
  •  Insuran- RM26
  • Hostel - RM450 Seorang
  •  Top up Kad T-Money - 30,000Kwon/RM108
  • Tiket Arex All Stop Station- 8,300Kwon return/RM29
  • Tiket Namsan Tower - RM21 Beli dekat klook
  • Entrance Fees Gyeongbokgung Palace - 3,000Kwon/RM11.80
  • Entrance Fees Nami Island - 13,000Kwon/RM47 
  • Entrance Fees Petite France - 8,000Kwon/ RM29 dapat diskaun guna kupon KTO
  •  Makan & Minum - 75,000Kwon/RM270
  • Tiket Bus Gapyeong Tour - 6,000Kwon/RM21  
  • Souvenir -100,000Kwon/RM360

Sehelai 4,000WON

Souvenir yang dapat di rembat

Almond Nut tu sedap, plastik warna kuning sepeket 11,000WON

Dekat bawah ini adalah itenary aku sepanjang disana:
  • Day 1: (KUL@1.00 am – ICN@8.20 am), Myeongdong, Dongdaemun Ikan Bakar, Dongdaemun Market, Dongdaemun Plaza, Namsan Tower. 
  • Day 2: Gyeongbokgung, Gwanghuamun Square, Bukchon Hanok Village, Insadong, Seoul World Cup Stadium. 
  • Day 3:  Nami Island, Petite France, Lotte World Jamsil, Cheogyecheon Stream.
  • Day 4:  Nandaemun Market, Ewha Women University, Hongik Uni/Hongdae, Itaeeon(Mosque).
  • Day 5:  Dongmyo Flea Market (Bundel Seoul) (ICN@4.30pm - KUL@22pm). 

jadi inilah sedikit sebanyak tips yang aku boleh bagi dekat korang ye.. Untuk cerita penuh sepanjang aku di sana sila lihat di Percutian Ke Korea Musim Summer 2018


Bagi yang mencari pakej-pakej percutian jimat boleh like facebook
Seperti link di bawah ye☺️


fb.me/kimpaitravel

Korean Dessert Cafe /Sulbing Myeong-Dong

Wednesday, 5 September 2018

Mungkin ramai yang dah tahu kot kedai ni, tetapi aku still nak share dekat korag kedai dessert di korea yang sangat best dan sedap dan dikenali sebagi bingsu.

Kedai ni nama dia "Korean Dessert Cafe"
kalau nak cari, senang je, kalau rajin tu boleh la jalan-jalan di myeongdong street tu tetapi kalau nak senang korang boleh keluar Exit 8, terus belok kiri dan nampak Shihan Bank dan teruskan berjalan dalam 200 meter macam tu kalau dah nampak kedai tu, bawah kedai tu ada kedai kosmetik "Nature Republic"


Kalau korang dah berdiri betul-betul depan kedai ni macam dalam gambar tu, sila belok kiri untuk naik keatas kedai tu, ada tangga celah-celah kedai tersebut.

Macam mana nak order pula, korang kena duduk dulu cari tempat lepas tu sila la pergi ke cashier ye.. haa order la apa yang korang rasakan perlu sahaja sebab portion yang diberikan sangat-sangat besar.


Total (KRW 26,000)

 diatas ni antara dessert yang aku order, ni kira menu latest dan paling famous kot time ni.
 menu kat atas tu aku makan berempat so jenuh jugak la nak habiskan semua. Tetapi kena ingat, time makan tu kena letakkan dessert tersebut dalam tray, jangan alihkan nanti pekerja dia marah.. maybe penat kot nak lap-lap meja, dan setelah selesai makan semua korang kena la pulangkan semua tray tersebut ke tempat yang disediakan.



Sulbing (설빙) Korean Dessert Cafe


20 Myeongdong 10-gil, Jung-gu
Seoul, South Korea

Phone: +82 2 3401 7900

Opening Hours: Everyday (11 AM – 10 PM)

Popular Posts