Airmata Gembira Menawan Puncak Gunung Kinabalu

Thursday, 8 August 2019
Hello Guyss.
Perjalanan dua orang jejaka ini bermula sebaik sahaja pesawat yang di nakhoda oleh Kapten Azlan Shahir selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 12.05 pagi, 02 Ogos lalu.
 Misi dirancang sejak 2017, akhirnya menjadi kenyataan selepas Taman-Taman Sabah menetapkan tarikh pendakian untuk kami berdua pada 03 Ogos 2019 , sekali gus memberi peluang kepada kami berdua untuk menakluki Gunung Kinabalu, antara puncak tertinggi di Asia Tenggara yang memiliki ketinggian 4,095 meter atau sejauh 8.7 kilometer dari Timpohon Gate.
Bertemankan seorang malim gunung merangkap porter berpengalaman lebih dari sepuluh tahun, Francis, kami memulakan pendakian meneroka laluan ke puncak Gunung Kinabalu yang menjadi tumpuan pendaki tempatan dan luar negara.
Sebelum memulakan pendakian, kami dimaklumkan mungkin cuaca sedikit ribut dan berkemungkinan hujan sepanjang perjalanan dan di Panalaban, iaitu tempat persinggahan di ketinggian 3,272 meter dari aras laut.
Justeru, kami dinasihatkan  supaya bersiap sedia dengan kemungkinan yang datang oleh malim gunung. Panalaban adalah hentian baharu selepas Laban Rata ditutup berikutan kerosakan teruk akibat gempa bumi pada 2015. Semua pendaki yang ingin ke Low's Peak, perlu bermalam di sini, sebelum meneruskan pendakian pada jam 2.30 pagi.
Terdahulu, pada sesi taklimat sebelum mendaki, kami berdua diminta memaklumkan kepada malim gunung mengenai tahap kesihatan kami, bagi memudahkan aspek pemantauan, selain sebagai langkah berjaga-jaga. Antara penyakit yang tersenarai antaranya, tekanan darah tinggi, kencing manis, asma & penyakit jantung.
Diiringi bacaan doa, kami memulakan pendakian dengan menuruni anak tangga dari Timpohon Gate dan seterusnya menyusuri laluan hampir mendatar menuju ke air terjun Carson Fall.
 Kami seterusnya diuji dengan laluan batuan bertangga yang dibentuk berdasarkan bentuk muka bumi dan akar pokok hingga ke kilometer (KM) 4, sambil melewati beberapa pondok perhentian, bermula Kandis, Ubah, Lowii, Mempening, Layang-Layang, Villosa, Paka dan Waras sebelum tiba di Panalaban.

Kelajuan pendakian sebenarnya bergantung kepada stamina, ketahanan mental dan semangat pendaki.
Seperti yang diterangkan oleh Francis, pendakian fasa pertama adalah santai-santai bagi memberi peluang kepada kami untuk merakam gambar serta mengelak 'kaki krem' bagi meneruskan pendakian ke puncak pada awal pagi keesokan harinya.
Pendakian dianggap mencabar sebaik sahaja melepasi KM4, kerana keadaan suhu yang semakin sejuk, selain laluan yang semakin menegak, berbatu dan curam dengan gaung di kiri dan kanan, sekali gus amat menduga ketahanan mental dan fizikal kami.
Jika tersilap langkah, kami berisiko tinggi mendapat kecederaan dan sudah pasti menjejaskan peluang untuk meneruskan pendakian ke puncak.
Keadaan suhu yang agak sejuk dan berangin memberi kesukaran kepada kami tetapi dengan teknik pernafasan yang betul, selain latihan dan bekalan ubat-ubatan yang cukup, kami berdua berjaya tiba di Panalaban dengan selamat dalam tempoh empat jam.
Kami bermalam di Lemaing Hostel yang diuruskan Taman-Taman Sabah dan bersiap sedia untuk memulakan pendakian ke puncak pada jam 2.30 pagi menuju ke stesen Sayat-Sayat.
Semua pendaki perlu melepasi pusat pemeriksaan itu sebelum jam 5 pagi, jika sebaliknya, mereka tidak dibenarkan ke puncak.



Selepas menikmati hidangan malam, di Laban Rata Resthouse, kami berehat menantikan waktu untuk bergerak ke Sayat-Sayat.
Suhu yang rendah menyukarkan kami untuk melelapkan mata, namun ini tidak mematahkan semangat untuk menakluk puncak.
Selain memakai pakaian dan kasut sesuai, Francis memaklumkan kami supaya memakai topeng kerana ketiadaan hujan menyebabkan laluan ke puncak amat berangin  berembun & berdebu yang sangat kuat berikutan Gunung Kinabalu terbentuk daripada terobosan tektonik batuan Igneous berusia lapan juta hingga 15 juta tahun lalu, ia boleh membahayakan kesihatan pendaki.
Perjalanan kami ke puncak mengikut laluan baharu, susulan gempa bumi pada 2015,
Serpihan bongkah dari puncak Tunku Abdul Rahman yang mengorbankan nyawa pada 2015 masih 'tersergam' indah dan boleh dilihat jelas ketika pendaki menuruni puncak dari laluan 'anak tangga 1,000'.

Walaupun dibelenggu kesejukan, berbekalkan sisa kudrat selepas mengharungi tangga dan kemudiannya bertali di laluan batuan curam yang berbahaya.
Akhirnya kami berdua tiba di puncak ketika jarum jam menghampiri waktu 5.15 pagi.
Yang pasti, perasaan kegembiraan serta hiba ketika kami tiba di puncak selepas menempuh perjalanan yang panjang & bagi kami agak sukar sebagai mensyukuri peluang menikmati keajaiban ciptaan Allah SWT.
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan kami apabila berjaya memenuhi impian untuk menawan puncak Gunung Kinabalu.


Bagi yang mencari pakej-pakej percutian jimat boleh like facebook
Seperti link di bawah ye☺️



Runcation :: Larian Desa Indah & Mampan 2019 @ Sabak Bernam

Sunday, 7 July 2019
Hello Guyss.
Sebut je Sabak Bernam mesti semua tertanya-tanya, apa yang menarik sangat kan! sampai nak masuk larian dekat sana. Sebenarnyakan, salah satu tarikan pelancongan yang banyak terdapat dekat Negeri Selangor ni adalah alam semula jadi. Daerah Sungai Besar merupakan satu destinasi pelancongan yang terkenal sebagai pusat pengeluaran padi yang tertinggi dan perkampungan nelayan.
Terletak di utara Negeri Selangor, dengan jarak102km dalam perjalanan dari Subang Jaya atau secara kasar mengambil masa 2 jam 10 minit perjalanan melalui jalan persekutuan korang dah boleh sampai.

Sebut je padi, semestinya ramai yang suka bergambar berlatarkan panorama kampung dan sawah bendang  Oleh sebab itu aku plan nak join Larian Desa Indah & Mampan 2019 yang diadakan pada 29 Jun 2019.Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu 13 kilometer (km) terbuka, 10km veteran dan 6km santai. Untuk runcation ini aku bersama rakan telah berlari menakluki daerah Sabak Bernam sejauh 13KM. Kalau ada runcation ke luar kawasan ni dah kira berjalan sekali lah kan.
 Hotel Grand Court Inn ni tempat stay aku selama 3D2N.. lokasi yang sangat strategik kerana berhampiran tempat permulaan acara larian dan hotel ni juga betul-betul di tengah pekan Sabak Bernam.
Anggaran peserta larian tidak ramai, mungkin sebab acara ini diadakan diluar bandar... agaknya kalau dekat KL ribu-ribu yang join.

 Flag off sepatutnya jam 6.30am, nah amik kau.. jam 7.45am baru kami dilepaskan... selalu aku kalau nak running tak pernah lagi start lewat macam ni.. ni event ikut je la cara orang kan..
mula berlari dari stadium sungai besar.. masuk kampung dan seterusnya ke bendang... memang owesome la orang kata.. tapi sayang time lari ni tak bawa pula handphone..
Kalau lari tak pernah nak senyum..
Entah macam mana boleh dapat 7th Men Open.. hahaha.. first time podium.. maybe tak ramai pelari elit yang join kot.
Gambar kenang-kenangan.

Sebelah petang pula, aktiviti wajib ni kalau datang tempat orang tak makan benda pelik-pelik memang tak sah.. pelik tu maksudnya makanan yang susah nak cari dekat tempat kita lah.

Jika korang tergolong sebagai penggemar makanan eksotik, terdapat satu restoran di Sabak Bernam yang menyediakan hidangan ini iaitu Orang Orang Art Cafe yang terletak di Parit 3 Timur, Sungai Besar.


 Untuk menikmati rasa dan tekstur belangkas yang asli, pilihlah Belangkas Bakar.
Dibakar dengan secukup rasa. Lebih enak bila dinikmati dengan air asam. Dan paling rugi kalau datang sini tidak mencuba Sup Belut memang tak sah...
Shell out seafood, memang sedap sebab ada mentarang sekali dalam tu.
Untuk makluman juga, restoran ni pernah dikunjungi kru Jalan Jalan Cari Makan..memang superb.
 Mengambil masa kira-kira 30 minit dari Pekan Sabak Bernam, korang boleh jumpa Pantai Bagan Nakhoda Omar.Dekat sini korang boleh bawa family lepak-lepak tengok sunset or Makan Mee Udang yang popular.. tapi aku tak makan pun sebab dah kenyang. 

Dalam perjalan balik tu, saja je kami lalu untuk ke Pekan Sungai Air Tawar, pekan ni kecil je.. dan dengan secara tiba-tiba ternampak orang jual durian dekat tepi jalan.. selonggok RM30 dan yang paling best kalau beli dua longgok RM50.. semoga murah rezeki pakcik dan makcik yang jual tu.
Untuk hari kedua pulak.. plan nak mancing ikan dekat bendang..
kebetulan ada member lama kerja satu pejabat dulu , senang sikit la plan ni..sebenarnya Ikan 'sawah' ni jadi buruan pemancing santai..pemancing macam aku la..hahaha.
 Orang cakap, kalau nak memancing mesti ada ilmu dan berguru. Sebelum keluar memancing, lengkapkan ilmu di dada, aku ni bukanlah peminat tegar memancing ikan.. just suka-suka je, tu yang dapat anak ikan.. macam gambar kat bawah ni.hehe. jadilah dari tak dapat apa.
 Korang tahu tak, kalau nak memancing ikan puyu dekat bendang ni mulai dari umpan universal atau cacing.
Memancing ikan di sawah merupakan satu aktiviti yang menghasilkan ikan serta menyeronokan di kalangan kaki pancing dan masyarakat kampung.. seperti dalam gambar ini. Ihsan gambar: Google

Selesai mengelapkan kulit seharian.. kini tiba masanya untuk balik . On the way balik tu, kami singgah dekat Pasar Ikan Sungai Haji Dorani.. korang kalau nak beli ikan murah-murah boleh beli dekat pasar ini..
Sepinggan banyak ni RM8 je.
Ketam sepinggan RM10 & Udang RM 5.


 Sekian.... laporan Runcation Larian Desa Indah & Mampan 2019.

Bagi yang mencari pakej-pakej percutian jimat boleh like facebook 
Seperti link di bawah ye☺️




Restoran 'Muslim-Friendly' Nasi Daun Pisang Terbaik Di KL & PJ! Wajib Cuba

Tuesday, 25 June 2019

Nasi daun pisang berasal dari India selatan dan dibawa ke negara kita semasa penjajahan British. Kini ia diminati tidak kira kaum dan popular di Malaysia.

Oleh sebab itu saya ingin berkongsikan  restoran di sekitar Kuala Lunpur & Petaling Jaya yang menawarkan nasi daun pisang yang asli dan sedap sekali!


1. Vishal Food & Catering @ Brickfields 


 

Kredit: says.com
Restoran ini terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong asing. Pelbagai juadah tradisi India utara dihidangkan di sini. Aantara yang wajib dicuba ialah chicken varuval dan mutton varuval. Pasti sedap!

Alamat: Vishal Food & Catering, 22, Jalan Scott, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2.Curry Leaf @ Damansara Uptown

Kredit: says.com
Mereka menghidangkan makanan India utara dan selatan India! Tukang masak berasal dari India. Mereka turut menghidangkan pelbagai hidangan lain seperti roti, naan & tandoori, masakan-masakan goreng panas dan banyak lagi!

Alamat: Curry Leaf Restaurant, Ground Floor, 75, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

3.Aunty Manju's Home Of Banana Leaf @ TTDI

Kredit: says.com
Wajib makan di sini jika anda berada di sekitar TTDI. Hidangan-hidangan di sini di masak oleh pemiliknya, Aunty Manju sendiri!
Antara hidangan yang popular di sini adalah kari ikan, ayam goreng dan teh masala!

Alamat: Aunty Manju's Home Of Banana Leaf, 18, Jalan Tun Mohd Fuad, 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

4.Ravi's Banana Leaf @ Kota Damansara

Kredit: says.com
Selain nasi daun pisang yang wajib anda cuba, restoran in juga dikatakan menghidangkan roti canai yang sedap dan hidangan-hidangan lain seperti tosai, idli, donat vadai yang digoreng segar setiap pagi! 

Alamat: Ravi's Banana Leaf, 76, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
 

5.Kanna Curry House @ Seksyen 17

Kredit: says.com
 Nasi daun pisang di sini dihidangkan dengan peria goreng yang cukup rangup dan kebiasannya pelanggan akan ambil extra untuk meratah peria goreng tersebut! Restoran ini juga menghidangkan pelbagai hidangan mamak seperti nasi goreng, mee goreng, maggi goreng dan pelbagai lagi!

Alamat: Restoran Sri Nirwana Maju, 43, Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.
   
6.Macha & Co @ The Curve

Kredit: says.com
Restoran ini mempunyai suasana yang lain sedikit umpama restoran makanan barat. Mereka menyajikan beras perang untuk sesiapa yang mahu makan nasi yang lebih berkhasiat.

Alamat: Macha & Co, No 32-1, Jalan PJU 5/16, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor. 

7. Devi's Corner @ Bangsar

Kredit: says.com
Restoran ini terkenal dengan kari ketam mereka. Nasi daun pisang di sini dihidangkan dengan 3 jenis sayuran, kepingan papadom, mango chutney.

Alamat:14, Jalan Telawi 4, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.

8. Saravana Bhavan @ Bangsar

Kredit: says.com
Saravana Bhavan mempunyai cawangan serata dunia, termasuklah di negara-negara seperti Australia, Hong Kong, U.K, U.S.A dan banyak lagi. Mereka hanya menghidangkan makanan vegetarian.

Alamat: Restoran Saravana Bhavan, 52, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur. 

9. Fierce Curry House @ Bangsar

Kredit: says.com
Selain nasi daun pisang, anda patut cuba Lobster Briyani dan Lobster Tandoori mereka yang cukup unik dan lazat!

Alamat: Fierce Curry House, 16, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.


Jadi, dah pilih nak makan dekat mana? jangan lupa share.

Popular Posts