Hari ini Syawal yang ke 8 bagi semua umat Islam, so how yours raya ok?.
Ok berbalik pada tajuk dekat atas tu entah macam mana aku boleh terfikir untuk create satu cerita mengenai "Orang Bujang". Idea ni dengan secara tiba-tiba datang selepas aku bangun tido hari ini dengan mimpi yang lebih kurang tajuk entry ini.. so pandai-pandai la korang hadam ye.. hehe.
Setiap manusia pasti akan ada yang menempuh dugaan dan rintangan yang berliku. Sama ada menempuh dugaan dengan berseorangan atau berpasangan. Namun, bagi mereka yang masih bujang, masih tidak bertemu jodoh yang sesat entah kemana pasti ada sahaja dugaan bagi mereka kan?.Bagi mereka yang sudah berkahwin, sudah bertunang atau sedang dilamun cinta pasti dugaan itu hanya kecil sahaja kan.
Tetapi...tidak bagi mereka yang single macam aku ini..hehe
Janganlah memperkecilkan dugaan sesiapa sahaja kerana hanya yang merasai dan menempuhi sahaja tahu kemampuan diri mereka sendiri, so aku nak share antara dugaan orang bujang atau single ini.
1. Pergi ke mana-mana sorang-sorang.
Sebenarnya korang bukan sahaja berdikari, malah tak kesah untuk meluangkan masa keseorangan dimana saja tak kira waktu masa dan tempat. Kalau ada yang pertikaikan korang sering makan keseorangan, tengok wayang keseorangan, shopping keseorangan tetapi korang tetap dengan pendirian korang kan walaupun hati sakit dan pedih dapat soalan yang macam tu.
"Asyik pergi sorang je takde kawan ke"
"Cepat2 lah kahwin, nanti nanti senang kemana-mana ada teman"
2. Selalu ternampak pasangan yang bahagia dan gembira.
Kalau korang dah ada pasangan kan, mesti teringin nak jadi bujang semula kerana tak tahan nak melayan perangai pasangan korang.Tetapi apabila dah jadi bujang semula dikeliling pulak dengan semuanya yang sudah bertunang, berkahwin, seronok sedang bercinta. Mungkin korang lihat semuanya tengah bahagia dan gembira dan masa tu korang akan rasa perasaan cemburu melihat mereka dan masa tu jugaklah korang akan rasa kesunyian pulak.
3. Apabila mendapat kad jemputan perkahwinan, tak tahu nak pergi dengan siapa.
Ni mesti korang pernah alami kan? perkara yang paling korang nak elakkan adalah semasa menerima jemputan perkahwinan dari kawan-kawan. Confirm perkahwinan kawan pejabat atau kawan sekolah akan menjadi satu reunion la orang cakap bagi yang jarang dan lama tak berjumpa.Yang menjadi masalahnya apabila tiada kawan pulak nak temankan ke majlis tersebut dan confirm lah yang datang nanti semua dah berpasangan.
So, buat lah keputusan samaada nak pergi atau tak majlis tersebut kan. Pergi berseorangan, paksa kawan baik ikut, atau pergi dengan ibu bapa or just comment kat wall Facebook? korang pilih mana satu.
4. Susah bertemu jodoh, kawan-kawan keliling dah tukar ganti pasangan & selalu OTP je,
Setiap kehidupan manusia berbeza perjalanan hidup dan rintangannya. ada yang masih belum jumpa jodoh, dah putus lepas tu susah pulak nak cari penganti namun ada jugak yang senang je cari penganti baru. Hurmm, itu lah yang dinamakan jodoh dan baru terpikir kita susah pulak nak cari jodoh.. mula curiga kat situ.
5.Semua kawan baik dah berkahwin, korang masih lagi keseorangan .
Inilah situasi yang agak memilukan bagi sebahagian orang yang single dan termasuk lah aku sendiri. Korang akan menjadi resah dan sangat gelisah termasuk risau, kalau boleh korang nak sorok kan perasaan gelisah tu semua pada masa tu. Yela, masa tu dah tiada lagi kawan untuk bersembang, shopping sama-sama. Pada masa tu nak Whatsapp mereka lepas ni pun kena berhati-hati dan kena tengok waktu yang sesuai untuk contact sahabat baik.
6. Masih keseorangan lagi semasa perjumpaan keluarga atau hari raya.
Setiap tahun, mesti ada family kita yang buat family day ataupun hari raya kan. Masa ini lah nak eratkan hubungan keluarga yang renggang lama tak jumpa, asyik sibuk kerja memanjang. Memang seronoklah jumpa sanak saudara kan.Tetapi dalam seronok tu sedara mara yang sebaya semua dah kawin anak sederet macam tangga lagi. Namun korang masih lagi keseorangan.. huhu.
Jadi inilah serba sedikit dugaan-dugaan pada semua yang pernah bergelar single mengalaminya kan, untuk makluman, cerita ini bukan lah nak menyuruh korang terus membujang, tak sama sekali mungkin jodoh korang masih belum sampai. Nanti dah sampai, aku ajak dia masuk. so jangan risau.
Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dekat korang yang lalu untuk baca blog aku ini. kalau ada terkasar bahasa semasa membaca tu maaf-maaf kan je la ye.
Bagi yang mencari pakej ke Korea atau Tour Guide Korea boleh contact untuk pertanyaan.
pssss... Jangan lupa click iklan.